Perenggan pertama diatas,hanyalah pendahuluan karangan darjah 5 ye, ni baru nak masuk cerita ''jalan-jalan,Tahun Baru''. Oleh kerana sangat teruja dengan iklan Zatil tentang diskaun fabrik di Jakel sehingga ****% sehingga 2 Januari 2012, aku gagahkan diri dengan memujuk my husband untuk ke J***L..Malangnya, dia tak nak,katanya letih nak ke KL, dah tentu jam sebab malam ni tahun baru,..erm..betulla jugak, jadi daku search dalam tenet mana cawangan J***L yang terdekat supaya aku tak meredah jam Kuala Lumpur dan dapat tengok sendiri diskaun kain tu..hehe,semangat betul aku kalau bab shopping ni...akhirnya ku temui di Seremban, tapi namanya Casa Moda, adik beradik J***L lah tu..nama je lain.
So petang tu aku dan husband serta putera puteriku memulakan langkah ke Seremban 2, dapatlah ku lihat sendiri diskaun kain di Casa Moda, tak der la murah sangat, bolehla nak beli ''sepasang'' hehe, tak banyak pun ku beli, hanya sepasang....(tazkirah untuk diri ''jangan terlalu menurut hawa nafsu'')
Lepas ke Casa Moda, kami ke Jusco,tapi Akif request nak ke Tesco...maklumla..yang dekat dengan rumah dia Tesco, puas pujuk juga, barulah dia akur nak join aku dan abahnya ke Jusco, yang penting bunyi ''co'' tu depan je beza ''Tes'' dan ''Jus'',hehe..
Ramai betul orang, maklumlah..tak lama lagi kaum cina akan sambut Tahun Baru Cina, Akif semakin boring dengan gelagat orang kat Jusco, tambahan pula aku dok asyik pilih kasut dan handbag..,dia pun nak try juga kasut yang aku try..erm...nak buat macammana kan, ummi hanya ada Akif peneman ummi shopping, sedang asyik aku memilih barang-barangku, Akif mula tarik tanganku untuk ke bahagian ''barang'' dia pulak...(bahagian alat permainan). Puas mengelak..akhirnya Akif menjerit, buat aku tak jadi nak beli apapun...
So layan moody Akif...
abah dan ummi kena beli dua token untuk Akif naik jadi Pilot ni, 1 token bersamaan RM1, layan je lah....
betapa sukanya hati dia, terbang bersama helikopter tu...cukup 2 kali pusing, kena turun, nasib baiklah Akif tak request nak naik sekali lagi
Lepas, shopping, perut mula berkeroncong,singgah makan, roti nan dan tandoori + Teh tarik, Amal pun tak ketinggalan mencuba roti nan
Abang dan Adik sudi untuk mengadakan sesi fotografi, susah juga nak dapat kerjasama macam ni...
Lepas makan, solat maghrib di Masjid Bandar Nilai, Akif tak melepaskan peluang untuk segarkan badan di situ, dia request "Abang Akif nak mandi,abah"jadi terpaksa la mandikan dia..ceria lepas mandi
Selepas solat maghrib dan Isyak, kami ke Tesco untuk tunaikan permintaan Akif, kemudian balik ke Kota Seriemas, sekian saja cerita ''Jalan-Jalan Tahun Baru''