CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

our love have been..

Friday, December 24, 2010

FoR The 3rd...

Hari ni 24hb Disember 2010 untuk 3 tahun yang lalu 24hb Disember 2007 merupakan hari bersejarah dalam hidupku menjadi suri hati kepada insan yang paling daku sayang dan cintai Muhammad Ridzuan bin Hashim..

Harapan daku di hari ulangtahun yang ketiga ni or 3rd Anniversary ni, moga pelayaran bahtera kita menuju ke destinasinya..walaupun dalam menongkah lautan kadangkala ada jua badai melanda di pertengahannya..itu lumrah pelayaran, moga destinasi cinta kita kekal ke akhir hayat..

Moga sayang abang pada yang tiada penghujungnya..begitu juga yang sentiasa menyintai dan menyanyangi abang seadanya, seawal daku kenal dirimu tika di alam pengajian dulu hingga kini bakal menimang cahaya mata kedua..kau pertama dan terakhir...:)

Daku panjatkan doa pada Allah SWT agar cinta dan kasih kita berkekalan atas Mawaddah dan Rahmah...
Terima kasih atas tunjuk ajar dan perhatian abang sepanjang pernikahan kita, daku adalah isterimu yang sentiasa perlu sokongan dan dorongan serta kasih dan perhatian..

" We ask Allah to make our love LAST FOREVER, Through heart-ship to support each other, together worshipping Allah, Seeking his pleasure, we pray that He will fill our life with happiness and blessings, and grants our kids who make our home filled with laughter...."

HAPPY 3RD ANNIVERSARY RIDZUAN DAN WAHIDA, SELAMAT HARI ULANGTAHUN PERKAHWINAN YANG KETIGA

Wednesday, December 8, 2010

SELAMAT DATANG SEMESTER BARU SESI DIS 2010

Dah mula semester baru sesi Dis 2010, seperti selalunya, minggu pertama sesi Dis adalah Minggu Suai Kenal, ini agenda wajib bagi mana-mana institusi pengajian pun..kalau masa di Universiti dulu kita panggil orientasi, nama berbeza tapi objektif sama..

Bagi diriku sebagai tenaga pengajar sudah semestinya jadual perkuliahan untuk semester ni, setakat ni..jadual diberi hanya 14 credit hour sahaja..untuk program Commerce, Civil, Architecture and Mechanical. Selalunya ni la program yang daku pegang.

Berpuas hati dengan jadual diberi, but mungkin masih ada lagi pertambahan selepas ini, tunggu dan lihat.
Kursus yang diajar pun mengalami pertukaran dari 2 credit hour kepada 3 credit hour..bertambah jam kuliah ye..

Tadi 1st class or programme yang aku mulakan sesi kuliah..DSB2S1..Program senibina semester 2, nampaknya sambutan hari pertama sesi kuliah dengan mereka berjalan lancar seems semua happy dan teruja nak belajar. Minta sampai akhir sem begitula semangatnya...

Taklimat serta sinopsis kursus telah pun diberi, harapan saya sebagai pensyarah sudah tentulah inginkan kejayaan dan keberkatan dalam setiap amalan..ingin jadikan pelajarnya produk yang berkualiti untuk berhadapan dengan situasi semasa yang semakin mencabar...

Lepas habis sesi kuliah hari ni jam 10.00 am, terus ke kafe untuk makan, gerak ke office bagi menyempurnakan file yang masih terbengkalai...but sesuatu yang tak sedap didengar bila my officemate cakap server down mungkin seminggu..what????aiyya...terbengkalai selamanya fail-failku....