CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

our love have been..

Saturday, December 31, 2011

Countdown 1.2.3

Selamat datang tahun 2012, selamat tinggal tahun 2011, alhamdulillah syukur kerana masih dipertemukan tahun ini, masih Allah kurniakan nikmat iman dan kesihatan fizikal, masih mampu bernafas dan melihat alam ini..

Terlalu banyak kenangan suka duka menjadi memori kukuh terpahat di minda sepanjang 2011,
Dengan berlalunya 2011, kini 2012 bermula..bertambah umurku..mohon iman juga semakin bertambah dengan pertambahan umurku..amin...
Semakin jauh kita meninggalkan memori sejari lahir...semakin dekat kita dengan kematian...
Peringatan untuk diri, sentiasa ''top-up'' amalan dan cuba baiki kekurangan yang masih ada..

2011 kini berakhir,bertemu kita 2012,
Segala memori tercipta, kan ku abadikan segala..
Apa yang masih menjadi impian,
Mohon Allah jadikan kenyataan ...
Apa yang penting???kerjasama!!!(wah...terpengaruh dengan theme song favourite Akif)
Apa yang penting syukur dengan apa yang dicapai untuk hari ini, berusaha untuk yang lebih baik hari esok...

1.2.3..selamat menyambut tahun baru 2012..

Saturday, December 24, 2011

ulangtahun ke-4

Alhamdulillah, sangat bersyukur pada yang Esa, hari ni 24 disember 2012 genap usia perkahwinanku 4 tahun.
Pejam celik,pejam celik..selagi tak pejam terus....dah 4 tahun kita melayari bahtera perkahwinan,
Adakah bahtera yang dilayari ni dah sampai ke destinasinya? dah bertambah sorang lagi anak kapal dalam bahtera kita ni..
sambut ulangtahun yang keempat Allah bagi kita puteri, ulangtahun yang seterusnya jika panjang umur minta tambah lagi putera atau puteri ye...hehe

Dalam 4 tahun perkahwinan, macam-macam mehnah ujian kita lalui, moga kita tabah dan sabar dalam menghadapinya..
Harapan usia perkahwinan yang panjang ni, mematangkan juga kita berdua, walaupun kadang-kadang terasa juga tak matang dalam diri
Moga diri ini diberi kekuatan iman untuk jadi isteri dan ummi yang solehah,
Minta juga abang diberi kekuatan iman untuk jadi suami dan abah yang soleh...
Minta juga Abang Akif dan Adik Amal jadi anak yang soleh dan solehah...

Semoga diberi kekuatan ikatan kasih sayang dalam keluarga..
Bahagia dalam mawaddah dan rahmah...
Mohon Allah panjangkan usia kita dalam rahmah dan barakah...
Mohon dipanjangkan jodoh sehingga ke syurga..

Selamat ulangtahun perkahwinan kita yang keempat....
Wish our happiness everlast forever.....

Ridzuan dan Wahida 4th wedding anniversary....

Wednesday, November 30, 2011

sedikit motivasi untuk diri..



bila rasa sepi dan kosong, apa perlu buat?
bila rasa gelisah apa perlu cari?
bila fikir setiap apa yang berlaku dalam kehidupan selama nyawa di kandung badan, apa bakti?

selalu terfikir laluan kehidupan, apa hikmah dan kesudahan?
bila bertanya sang suami tertarik dengan satu kalimah terdiri daripada dua huruf  yang diberikannya padaku ''baina kaf wa nun''
erm...betul3x...baina kaf wa nun...kun membawa erti jadi! ye memang betul...sekiranya Allah inginkan itu terjadi maka baina kaf wa nun..

tinggi betul asrar balaghiah dalam Al-Quran,
apa yang daku terfikir malam ni, bila diuji dengan sikit kesusahan, mulut cepat mengadu domba pada manusia, kenapa ye?barangkali nak hilangkan sedikit kekecewaan, bimbang jika disimpan boleh jadi stress!!,

tapi tiba-tiba akal terfikir,hati berdetik, bila sujud pada yang Satu, yang Maha Tahu, Yang Maha Memberi, jiwa jadi tenang.

Teringat satu ayat dalam Ubat segala jiwa yang resah (Al-Quran) yang mana fahamnya ayat itu ''boleh jadi kita suka akan sesuatu tapi ia tidak baik untuk kita, dan boleh jadi kita tak suka akan sesuatu tapi ia baik untuk kita, sesungguhnya Allah Maha Tahu sedang kita tidak tahu akannya. Ayat ni adalah motivasi untuk diri ini yang sangat lemah..menjadi penguat jiwa tika bersedih dengan sesuatu dugaan hidup yang menimpa..

Semoga diri sentiasa berada dalam kalangan orang yang dirahmati olehNya, dan diberi petunjuk serta hidayah yang benar...Aminnn...

Sabar dengan ujian dan syukur dengan nikmat ye...jangan berhenti berharap macam lagu Shiela on 7 ye..tak baik untuk diri :)

Monday, November 28, 2011

Akif dan Amal yang bertambah pandai:)

abang dan adik yang semakin pandai bergaya depan kamera
kasihnya abang pada adiknya bagai tiada ganti dunia dan seisinya..hehe
gelagat Akif dan Amal, menceriakan suasana, walaupun tak dinafikan ummi sangat penat uruskan kamu berdua..
dua-dua serius jer nih..

untuk makluman, background gambar ni terfokus kepada persekitaran rumah yang seolah-olah menunjukkan suri rumahnya tidak pandai berkemas ke???,tak boleh nak explainla cemana ye, mungkin aku je kot tak mampu maintainkan persekitaran rumah yang teratur, mungkin para ibu-ibu diluar sana tidak sepertiku,

apapun pengakuan tulus ikhlasku, rumahku memang playground untuk putera puteriku yang semakin nak besar nih..

Cinta Terakhir - Aiman

 
Kau cinta pertamaku
Kau cinta terakhirku
Tiada apa yang bisa
Menafikan kasih kita

Kau ayu di mataku
Satu antara seribu
Tiada tara di dunia

Mungkin kan terputus di tengah jalan
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir

Kau ayu di mataku
Satu antara seribu
Tiada tara di dunia

Mungkin kita kan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ketentuan Tuhan

Lagu/Lirik: Hafiz Hamidun
Artis: Aiman

sangat suka dengan tone lagu ni, lirik yang simple tapi menyentuh jiwa, kalau nak ditafsirkan dari sudut berakhir percintaan, biarlah ''maut'' yang memisahkan, semua orang pun akan menghadapi kematian, itu sudah tersurat untuk setiap makhluk Allah yang bernyawa...




a dozen of roses, kenapa rose di kaitkan dengan bunga-bunga cinta dan kasih sayang? kenapa tidak orkid atau daisy? boleh je mana-mana bunga pun pada pendapatku, bergantung pada minat masing-masing betul tak?

Saturday, November 26, 2011

permata hidup kami (wan&waheeda)

tengokla keadaan rumahku, memang macamni la selalu, rasanya tak sampai lima minit pun kemas, kembali seperti selalu, mainan abang Akif dan Amal memenuhi setiap ruang rumah. bila pikir-pikir balik, tak payah kemas lagi senang kan?memang penat sangat setiap hari, tapi inilah proses kehidupan,dulu mak kita pun alami benda yang sama macam kita lalui hari ini. Teringat masa kecil dulu, mak bagi kuliah free macammana nak susun balik alat permainan ke tempat asal. benda tu aku ulang balik harini. tapi macam-macam alasan Akif bagi supaya dia dibenarkan susun atur mainannya di segenap ruang rumah. Haiii......anak cikgu la katakan, mesti pandai jawab arahan soalan..
tengok tu,macamtu lah Akif sekarang,bila nampak je ummi ambil kamera, semua permainan dia nak digayakan, semua alat mainan dia disuruh ambil, dah pandai kan, lori,kereta,kapal terbang,helikopter, pistol, kereta F1, semuala...andaikata ummi tak layan, terus merajuk..hehe,abang Akif dah pandai merajuk ye... Pernah satu hari dia request beg sandang belakang, katanya ''Abang Akif nak pegi sekolah..''wah..wah..dah nak ke sekolah tu, jawab Abah ''kalau nak ke sekolah,abang Akif tak boleh pakai pampers lagi,kena belajar pergi tandas,boleh?'', cepat je dia jawab ''Abang Akif,tak nak..nak pakai pampers''..erm....macammana ye..??
alamak!Abang Akif nak peluk je lah Amal...dia moody plak masa ni, Amal memang macamni, kalau tetiba je beralih cuaca, alamatnye kirim salam la..tak dapat la nak buat dah, sedia untuk memujuk ye
tengok tu, nampak 4 batang gigi yang comel..hehe, sejak dia dapat empat batang gigi tu, nak breastfeed pun sangat takut..,ye lah, selalu test power!!kesian ummi sayang...
abang Akif mula mengajuk si Amal, macamtu la abang...nak mengusik bagi lagi kuat sound tu, rumahku memang tak sunyi dengan keletah Amal dan Akif, bila mereka tak de, rasa sunyi sangat, tak boleh nak explain bagaimana rasanya kalau diorang tak de..oh no!
tengok..dia senyum bila bagi cawan, cawan ummi serta pinggan mangkuk ummi pun include juga as alat permainan Akif dan Amal, kadang-kadang lagi syok main yang real dari yang tipu-tipu (mainan),pesananku pada semua ibubapa..jangan ajar anak-anak kita yang semua benda diorang nak main dibolehkan..tak bagus..tak bagus..
ummi dan abah sangat gembira dan terhibur dengan kepetahan Abang Akif sekarang, terubat hati dengan tawa riang Amal, Ummi cuba menjadi seorang ibu yang sabar, walau hakikatnya ummi teruji dengan kalian berdua, ummi dan abah cuba menjadi yang terbaik untuk Akif dan Amal, Kalian ahli syurga, amanah dari Allah..untuk berapa lama kalian di amanahkan untuk kami, kami cuba yang terbaik..

 
ABAH DAN UMMI LOVE BOTH OF YOU
THANK YOU ALLAH
UNTUK ANUGERAH INI DALAM
3 TAHUN PERKAHWINAN KAMI

WAN & WAHEEDA

Friday, November 25, 2011

salam maal hijrah 1433


Salam maal hijrah 1433, dah masuk tahun baru pun kita 27 November ni, kalau mengikut perkiraan hijri umurku lebih setahun berbanding perkiraan Masihi.

Jangan lupa semua untuk baca doa akhir tahun pada 27 November ni, ini juga pesanan untukku..
Semoga tahun baru yang bakal tiba memberikan seribu satu perubahan yang lebih baik untuk diriku...
Tahun 1432H memberikan seribu satu pengalaman untuk dijadikan pedoman bagi hari,bulan dan tahun berikutnya.

Menyorot kembali kepada pengertian Hijrah ketika Zaman Rasulullah SAW, baginda berhijrah ke Madinah setelah menerima wahyu dari Allah. Hijrah Nabi ke Madinah merupakan satu titik perubahan baru dalam dakwah Islamiyyah. Hijrah baginda ke Madinah mengajar erti pengorbanan bagi mereka yang benar-benar beriman. Pengorbanan untuk tinggalkan segala kemewahan dan sesuatu yang dicintai serta di sayangi. Yang mana permulaan hijrah inilah memberi kemenangan yang sangat besar kepada Islam hingga kini.

Alhamdulillah lusa kita akan bertemu dengan tahun baru. Semoga tahun baru akan datang bertambah-tambah iman kita kepada Allah sesuai dengan pertambahan umur kita dan segala nikmat yang 'DIA' bagi pinjam sekejap kat dunia ni.

pesanan ini adalah untuk diriku sendiri, sekiranya ianya adalah sesuatu yang boleh dimanfaatkan untuk orang lain yang membaca. Alhamdulillah....

Saturday, November 19, 2011

sabtu di pusat sains negara

entah macammana harini nak bawa Akif tengok transformers kat pusat sains, disebabkan Akif hari-hari request nak tengok robot kegemarannya.
Setelah selesai sediakan breakfast pagi tadi dan setelah selesai breakfast, aku dan suami rasa nak tunaikan permintaan Akif. keputusan nak pergi melawat kawan Akif di PSN dibuat dalam satu minit..hehe.

Kebetulan juga,jiran belakang rumah datang rumahku untuk tengok Amal yang semakin besar dan cute tu, aku dan suami pun ajakla sekali sebab anak-anak mereka pun minat dengan transformers...,jadi dalam pukul 11.30am,kami bertolak dari rumah ke PSN di Kuala Lumpur, tak lah jauh sangat dari rumahku..dalam 1 jam perjalanan dah sampai di sana.

Setibanya di entrance,tiket di beli, tiket hanya dibeli untukku dan suami sebab Akif di bawah 6 tahun,Amal pula baru 10 bulan...jadi tak kena bayarla tiket untuk diorang, harga tiket untuk tengok robot tu RM8 seorang.jadi aku dengan suami RM16 la..but my jiran yang bayarkan sekaligus...terima kasih kak dah..murah rezeki..hehe

Bila dah masuk ke dalam,tetiba je Akif buat 'spoil',dia takut tengok replika dinosaur yang ada kat dalam tu, so hasrat nak bergambar dekat dinosaur tu terpaksa dilupakan...hai..akif..akif...kat rumah beria-ia sungguh..dah sampai tak nak pula..haha..

Bila dah masuk,rupanya hanya ada satu je replika transformers kat dalam tu, tapi tak pe la..asalkan Akif seronok tengok karikatur kegemarannya walaupun terganggu dengan dainosaur besar tu...

bersama kak dah jiranku dan anak-anaknya...belakang tu yang gah dan besar tu..adalah secret admire Akif, nasib baik dia tak minta abah bawak balik admire dia tu, kalau tidak....macammana ye?
ni pun terpaksa juga peluk Akif, untuk bergambar dengan dinosaur kat belakang tu, puas jugala kejar-kejar dengan dia nak amik gambar...Akif,pesan ummi kat Akif, jangan takut sangat,,Akif kena berani..besar nanti jadi pejuang untuk abah dan ummi ok!
adik Amal yang sangat baik sepanjang berada di PSN, jiranku kak dah pun puji ''baguihnya..Amal tak loghat langsung!,baik no!'', Amal betul-betul menjaga peribadinya sebagai anak ustazah Wahida ahaks!!
nampak tak playground yang sangat cute tu?hasrat dihati nak bawa Akif mencuba setiap permainan yang disediakan kat situ,tapi dek kerana Akif tak nak lalu kat kawasan Dino tu,dia takut Dino tu ''fire'' dia katanya..haha
semua nak main benda yang sama..jadi Aiman terpaksa mengalah dengan si kecil berdua tu..
bersedia untuk masuk tengok ''actroid robot''robot manusia,memang real macam manusia, tapi dia asyik ulang cakap benda yang sama, sehebat mana pun ciptaan manusia, lagi Maha hebat ciptaan Allah, cumanya kita boleh lihat tingginya akal manusia yang tuhan bagi untuk hasilkan teknologi macamni
tak sabar-sabar betul diorang nak masuk tengok actroid tu..
ni plak,piano..beza dengan piano ahli muzik, yang ni cara nak main dia adalah dengan menggunakan kaki,bukak kasut pijak je...lagi best main macamni, bukan Akif je best, aku pun best, beli la satu yang macamni,erm..ada tak kat pasaran benda ni ye?
last sekali,kenala beri penghargaan kat abang di atas ni..sebab abang di atas ni yang bawa semua orang kat dalam cerita ni termasukla yang menulis ni..hehe,

Kepada semua yang berminat, silala kunjungi ke Pusat Sains Negara, sebab disamping anda berjalan-jalan makan angin..anda akan belajar sesuatu disini...








Sunday, November 13, 2011

putera puteriku

Puteraku Akif sudah mengjangkau usia 3 tahun,1 oktober 2011 genap umurnya 3 tahun, tapi entah macammana la..ummi lupa besday Akif,sori tau Akif..Lupa tidak bermakna tak sayang tau. Ummi hanya tersedar bila tok hantar mesej wish besday kat cucunya Akif.hikhik..tok lagi ingat dari Ummi..aparahhh..Ummi sibukla Akif...
Akif dah semakin pandai, petah bercakap dan suka bertanya..rumah dah riuh dengan suara serta gelagat Akif ke sana ke mari bersama dengan permainannya...sesekali terdengar juga Akif mengusik adiknya Amal. Akif dah boleh tolong ambilkan sesuatu bila dipinta oleh ummi atau abah untuk mengambilnya, dah boleh jaga adik Amal kalau ummi tengah drive ke pejabat atau pulang ke rumah. Akif dah semakin matured sekarang ye...bercermin mata untuk tampak lebih menawan haha..persis abahnye...:),Akif selalu request nak balik kampung jumpa tok dan sepupunya,ish...dah pandai bercakap macam tu la.... Tentu ummi sunyi kalau Akif tiada di rumah. apa yang penting??? Akif jadi anak yang baik dan soleh yang mendoakan kedua orang tuanya bila mereka sudah tiada nanti ye.
Puteriku Amal, sekejap je masa berlalu kan?Amal dah besar!bila ummi kenangkan semula saat nak melahirkan Amal, aduh...peritnya rasa hati ummi. Mana tidaknya di sahkan oleh doktor Amal tidak boleh dilahirkan secara kelahiran biasa, ini kerana Amal berkedudukan songsang. Ummi di bedah lagi untuk Amal, dulu ummi lahirkan abang Akif pun ikut prosedur yang sama. Sakit ummi dah semakin hilang Amal walaupun awal bulan januari 2011 Amal pinta untuk ke dunia,seakan tahun lepas je Amal lahir. Dah menginjak usia 10 bulan pun hari ni...hehe,makin comel dan makin cerdik, cepat-cepat boleh jalan ye..tak perlu abah dukung lagi Amal bila kita outing..hehe,usaha tangga jaya Amalku sayang...Ummi doakan yang terbaik ok, jangan nangis-nangis lagi..Amal dah semakin besar...cepat besar ye boleh tolong masak nasi kat abah..haha...,Amal dah boleh ikut abah dan ummi cakap P.A.N.D.A.I...PANDAI!!!

sehati sejiwa kan?sama colour tu
amal very serious girl!ummi plak lebih skit..hehe
waaaaa!!!wawaa!!Amal nangis lagi,abang Akif try ur best untuk pujuk adik
waaaa!!manjaku sayangku Amal Izzah ni,Akif suka nyanyi tepuk amai-amai kalau adik Amal macam ni
hencemnye abang Akif ni...senyum..senyum..

usik Amal sampai nangis, memang menguji kesabaranku ini
mengimbau kenangan silam dengan adik, bila ditanya siapa baby dalam album tu jawab abang akif ''itu adik Amal Ijahla..''haha...sebab baby kan, tak mungkinla itu abang Akif masa seusia Amal dulu kan..huhu

Friday, November 11, 2011

Jalan-jalan singgah makan

Bukan jalan-jalan singgah makan,tapi balik kerja singgah makan, supaya sampai rumah tak payah lagi nak susah-susah berkungfu dan bersilat di dapur...(p/s : tak elok amalkan selalu ye, masak lagi bagus...)

Petang tu, lepas je punch out, me dan my husband tak terus pergi ambil Akif dan Amal kat rumah baby sitter..tapi ambil peluang untuk makan dulu di mana-mana restoran terdekat area PD ni dek kerana terlalu lapar, maklumla aku tak makan masa lunch hour, harapkan breakfast masa pukul 8 am je (ni lah satu ''fe'el'' yang my husband tak suka nak dengar and selalu bagi kuliah free kat aku, dia memang pantang dengar dia punya wife ni tak makan, tapi kalau ''dia'' tak makan..adakah wife dia kisah??hehe...,ni lah sifat my husband yang caring and loving ni...) i love u lah abang!!!

Jadi, berbalik kepada cerita singgah sebentar untuk makan, kami singgah kat restoran si Rusa Restoran kat area PD tu je, dekorasi dia memang cantik, rasa macam bercuti di Bangkok, ala-ala siam punya style..

Tapi...kami tak order tom yam pok tek atau thai punya menu...kami order....jeng..jeng..
nasi arab..walaupun tak sehebat nasi arab mat'am saba' di cyberjaya or di putrajaya...bolehla makan dan sesuaila dengan harga yang diletakkan..

asalkan boleh mengeyangkan perutku dan bersih tempatnya...
ni pula salah seorang pengacara jalan-jalan singgah makan yang bakal ditayangkan di rangkaian tv al-hijrah tak lama lagi,sesuai tak?
sila tengok konsep restoran dibelakang tu, jangan tengok pengacara tu ye
dekorasi restoran ni memang memikat bagi aku
yang ni pula gambar pintu masuk restoran tu, abaikan individu yang menggayakan'' seluar jeans denim'' tu

Thursday, November 10, 2011

AIDILADHA 1432H

Salam aidiladha kepada seluruh umat Islam seantero dunia. Hari raya kelima baru berkesempatan nak ucapkan selamat hari raya. Bukannya apa, tuan laman ni, balik ke kampung halaman berhari raya. di halaman kampung sana, no wifi, no broadband, no wireless, senang cerita tak dak intenet...

Jadi harini baru berkesempatan nak ucap, itupun nasib baikla anak teruna dan anak dara sedang asyik dibuai mimpi-mimpi indah, kalau tak.....minta maafla....tuan-tuan dan puan-puan...assalamualaikum la jawabnya...tak menulis jugala kawan.....mana idoknye..anak kawan nak macam-macam..kawan tak mungkin boleh fokus menulis entri versi raya ni..hehe

hari raya aidiladha kali daku sempat menggunakan 3 hari yang kerajaan bagi tu, untuk raya sepuasnye, walaupun begitu terhad sungguh masanya. aku tak ambil cuti tambahan pun,maklumla nak jimat cuti yang tinggal sikit lagi tu.

Perjalanan pergi dan balik tetap ''jam'', semua raya pun'' jam'' kan,maybe deepavali tak ''jam'' sangat agaknya, raya lain semua'' jam''. penat dok atas jalan je,tapi nak buat macammana, nak beraya di kampung kan, harungi jugala kesesakan yang ada....

Raya kali ni, daku beraya di Kulim dan Kuala Nerang.Kulim tu kampung suami, Kuala Nerang tu pula ''my hometown''. Perayaan macam ni je la nak jenguk dan tahu khabar orang tua..jadi kena beraya kedua-dua kampung.

Raya ni aku tak buat korban pun, hanya makan korban yang dilakukan oleh orang kampung. Hari isnin, iaitu raya kedua dah bertolak balik ke Nilai, tompek kerjo den le....

Alhamdulillah selamat pergi dan balik....
akif dan sepupunya di pagi aidiladha, tu dah habis senyum dah tue..tak tahan tengok mutiara tajaan ''rafflesia'' kat leher tu hehe
gaya malu tapi mahu oleh model aidiladha tahun ni, malangnya photographer tak pandai shoot,nampak pendek pula si anisah ni..
1,2,3, senyum...antara gaya yang digemari kanak-kanak dunia "peace"bagus siapa pengasas gaya ni..

tak mau duduk dah ni, nak duit raya je, aku dulu macam ni ke masa seusia mereka?:)

NECOR

Bertemu kembali,entri terbaru adalah mengenai NECOR 2011,apa itu NECOR?emm..Necor ni adalah National Educational Coloquium Research. Satu kolokium yang di adakan khas untuk para pensyarah membentangkan hasil penyelidikan masing-masing.

Kolokium ni diadakan di Politeknik PD baru-baru ni iaitu pada 2 hingga 3 November , ramai juga pensyarah yang menyertainya termasuklah dari Sarawak, alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

Walaupun empunya blog ni tidak menyertai pembentangan tersebut, cukuplah sekadar menjadi peserta merangkap tukang tengok rakan-rakan pensyarah lain membentangkan hasil penyelidikan mereka. mungkin dengan melihat kepada hasil pembentangan mereka dapat dijadikan rujukan untukku hasilkan satu penyelidikan pada masa akan datang. bilalah agaknya masa akan datang tu ye?

Pada pendapatku, sangat bagus kolokium seperti ni diadakan, kerana ianya dapat menjadi medan bagi setiap pensyarah untuk terus membudayakan penyelidikan dalam institusi pendidikan. Melatih tenaga pengajar untuk tidak sahaja menerima maklumat, tetapi memproses dan memastikan kesahan dan kebolehpercayaan maklumat, serta menghasilkan inovasi dari dapatan kajian tersebut untuk generasi akan datang. Ini pendapatku saja, dari ruang lingkup pemikiran kecilku, para pembaca bagaimana pula? mungkin sudut pemikiran anda, lagi tinggi tahap keintelektualannya...


gambar yang sempat di rakam ketika majlis penutup NeCoR 2011

masa ni,pengarah tengah memberi ucapan seterusnya merasmikan majlis penutup NECOR, disebabkan kamera taklah secanggih mana, tak boleh nak 'zoom', jadi tak berapa jelaslah imej pengarahnye
gambar di atas adalah antara orang kuat NECOR 2011, sila abaikan yang bertudung labuh tu, sekadar penyeri gambar ni

Antara bait ucapan pengarah yang kuingati masa majlis perasmian penutup "lepas ni, kita akan anjurkan kolokium peringkat international pula''. Jadi apa tunggu lagi?moh ler kiter....hehe