Petang tu, lepas je punch out, me dan my husband tak terus pergi ambil Akif dan Amal kat rumah baby sitter..tapi ambil peluang untuk makan dulu di mana-mana restoran terdekat area PD ni dek kerana terlalu lapar, maklumla aku tak makan masa lunch hour, harapkan breakfast masa pukul 8 am je (ni lah satu ''fe'el'' yang my husband tak suka nak dengar and selalu bagi kuliah free kat aku, dia memang pantang dengar dia punya wife ni tak makan, tapi kalau ''dia'' tak makan..adakah wife dia kisah??hehe...,ni lah sifat my husband yang caring and loving ni...) i love u lah abang!!!
Jadi, berbalik kepada cerita singgah sebentar untuk makan, kami singgah kat restoran si Rusa Restoran kat area PD tu je, dekorasi dia memang cantik, rasa macam bercuti di Bangkok, ala-ala siam punya style..
Tapi...kami tak order tom yam pok tek atau thai punya menu...kami order....jeng..jeng..
nasi arab..walaupun tak sehebat nasi arab mat'am saba' di cyberjaya or di putrajaya...bolehla makan dan sesuaila dengan harga yang diletakkan..
ni pula salah seorang pengacara jalan-jalan singgah makan yang bakal ditayangkan di rangkaian tv al-hijrah tak lama lagi,sesuai tak?
sila tengok konsep restoran dibelakang tu, jangan tengok pengacara tu ye
dekorasi restoran ni memang memikat bagi aku
yang ni pula gambar pintu masuk restoran tu, abaikan individu yang menggayakan'' seluar jeans denim'' tu
dekorasi restoran ni memang memikat bagi aku
yang ni pula gambar pintu masuk restoran tu, abaikan individu yang menggayakan'' seluar jeans denim'' tu
No comments:
Post a Comment