Setelah selesai sediakan breakfast pagi tadi dan setelah selesai breakfast, aku dan suami rasa nak tunaikan permintaan Akif. keputusan nak pergi melawat kawan Akif di PSN dibuat dalam satu minit..hehe.
Kebetulan juga,jiran belakang rumah datang rumahku untuk tengok Amal yang semakin besar dan cute tu, aku dan suami pun ajakla sekali sebab anak-anak mereka pun minat dengan transformers...,jadi dalam pukul 11.30am,kami bertolak dari rumah ke PSN di Kuala Lumpur, tak lah jauh sangat dari rumahku..dalam 1 jam perjalanan dah sampai di sana.
Setibanya di entrance,tiket di beli, tiket hanya dibeli untukku dan suami sebab Akif di bawah 6 tahun,Amal pula baru 10 bulan...jadi tak kena bayarla tiket untuk diorang, harga tiket untuk tengok robot tu RM8 seorang.jadi aku dengan suami RM16 la..but my jiran yang bayarkan sekaligus...terima kasih kak dah..murah rezeki..hehe
Bila dah masuk ke dalam,tetiba je Akif buat 'spoil',dia takut tengok replika dinosaur yang ada kat dalam tu, so hasrat nak bergambar dekat dinosaur tu terpaksa dilupakan...hai..akif..akif...kat rumah beria-ia sungguh..dah sampai tak nak pula..haha..
Bila dah masuk,rupanya hanya ada satu je replika transformers kat dalam tu, tapi tak pe la..asalkan Akif seronok tengok karikatur kegemarannya walaupun terganggu dengan dainosaur besar tu...
bersama kak dah jiranku dan anak-anaknya...belakang tu yang gah dan besar tu..adalah secret admire Akif, nasib baik dia tak minta abah bawak balik admire dia tu, kalau tidak....macammana ye?
ni pun terpaksa juga peluk Akif, untuk bergambar dengan dinosaur kat belakang tu, puas jugala kejar-kejar dengan dia nak amik gambar...Akif,pesan ummi kat Akif, jangan takut sangat,,Akif kena berani..besar nanti jadi pejuang untuk abah dan ummi ok!
adik Amal yang sangat baik sepanjang berada di PSN, jiranku kak dah pun puji ''baguihnya..Amal tak loghat langsung!,baik no!'', Amal betul-betul menjaga peribadinya sebagai anak ustazah Wahida ahaks!!
nampak tak playground yang sangat cute tu?hasrat dihati nak bawa Akif mencuba setiap permainan yang disediakan kat situ,tapi dek kerana Akif tak nak lalu kat kawasan Dino tu,dia takut Dino tu ''fire'' dia katanya..haha
semua nak main benda yang sama..jadi Aiman terpaksa mengalah dengan si kecil berdua tu..
bersedia untuk masuk tengok ''actroid robot''robot manusia,memang real macam manusia, tapi dia asyik ulang cakap benda yang sama, sehebat mana pun ciptaan manusia, lagi Maha hebat ciptaan Allah, cumanya kita boleh lihat tingginya akal manusia yang tuhan bagi untuk hasilkan teknologi macamni
tak sabar-sabar betul diorang nak masuk tengok actroid tu..
ni plak,piano..beza dengan piano ahli muzik, yang ni cara nak main dia adalah dengan menggunakan kaki,bukak kasut pijak je...lagi best main macamni, bukan Akif je best, aku pun best, beli la satu yang macamni,erm..ada tak kat pasaran benda ni ye?
last sekali,kenala beri penghargaan kat abang di atas ni..sebab abang di atas ni yang bawa semua orang kat dalam cerita ni termasukla yang menulis ni..hehe,
Kepada semua yang berminat, silala kunjungi ke Pusat Sains Negara, sebab disamping anda berjalan-jalan makan angin..anda akan belajar sesuatu disini...
No comments:
Post a Comment