Jadi harini baru berkesempatan nak ucap, itupun nasib baikla anak teruna dan anak dara sedang asyik dibuai mimpi-mimpi indah, kalau tak.....minta maafla....tuan-tuan dan puan-puan...assalamualaikum la jawabnya...tak menulis jugala kawan.....mana idoknye..anak kawan nak macam-macam..kawan tak mungkin boleh fokus menulis entri versi raya ni..hehe
hari raya aidiladha kali daku sempat menggunakan 3 hari yang kerajaan bagi tu, untuk raya sepuasnye, walaupun begitu terhad sungguh masanya. aku tak ambil cuti tambahan pun,maklumla nak jimat cuti yang tinggal sikit lagi tu.
Perjalanan pergi dan balik tetap ''jam'', semua raya pun'' jam'' kan,maybe deepavali tak ''jam'' sangat agaknya, raya lain semua'' jam''. penat dok atas jalan je,tapi nak buat macammana, nak beraya di kampung kan, harungi jugala kesesakan yang ada....
Raya kali ni, daku beraya di Kulim dan Kuala Nerang.Kulim tu kampung suami, Kuala Nerang tu pula ''my hometown''. Perayaan macam ni je la nak jenguk dan tahu khabar orang tua..jadi kena beraya kedua-dua kampung.
Raya ni aku tak buat korban pun, hanya makan korban yang dilakukan oleh orang kampung. Hari isnin, iaitu raya kedua dah bertolak balik ke Nilai, tompek kerjo den le....
Alhamdulillah selamat pergi dan balik....
akif dan sepupunya di pagi aidiladha, tu dah habis senyum dah tue..tak tahan tengok mutiara tajaan ''rafflesia'' kat leher tu hehe
gaya malu tapi mahu oleh model aidiladha tahun ni, malangnya photographer tak pandai shoot,nampak pendek pula si anisah ni..
1,2,3, senyum...antara gaya yang digemari kanak-kanak dunia "peace"bagus siapa pengasas gaya ni..
1,2,3, senyum...antara gaya yang digemari kanak-kanak dunia "peace"bagus siapa pengasas gaya ni..
No comments:
Post a Comment