CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

our love have been..

Thursday, November 10, 2011

NECOR

Bertemu kembali,entri terbaru adalah mengenai NECOR 2011,apa itu NECOR?emm..Necor ni adalah National Educational Coloquium Research. Satu kolokium yang di adakan khas untuk para pensyarah membentangkan hasil penyelidikan masing-masing.

Kolokium ni diadakan di Politeknik PD baru-baru ni iaitu pada 2 hingga 3 November , ramai juga pensyarah yang menyertainya termasuklah dari Sarawak, alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

Walaupun empunya blog ni tidak menyertai pembentangan tersebut, cukuplah sekadar menjadi peserta merangkap tukang tengok rakan-rakan pensyarah lain membentangkan hasil penyelidikan mereka. mungkin dengan melihat kepada hasil pembentangan mereka dapat dijadikan rujukan untukku hasilkan satu penyelidikan pada masa akan datang. bilalah agaknya masa akan datang tu ye?

Pada pendapatku, sangat bagus kolokium seperti ni diadakan, kerana ianya dapat menjadi medan bagi setiap pensyarah untuk terus membudayakan penyelidikan dalam institusi pendidikan. Melatih tenaga pengajar untuk tidak sahaja menerima maklumat, tetapi memproses dan memastikan kesahan dan kebolehpercayaan maklumat, serta menghasilkan inovasi dari dapatan kajian tersebut untuk generasi akan datang. Ini pendapatku saja, dari ruang lingkup pemikiran kecilku, para pembaca bagaimana pula? mungkin sudut pemikiran anda, lagi tinggi tahap keintelektualannya...


gambar yang sempat di rakam ketika majlis penutup NeCoR 2011

masa ni,pengarah tengah memberi ucapan seterusnya merasmikan majlis penutup NECOR, disebabkan kamera taklah secanggih mana, tak boleh nak 'zoom', jadi tak berapa jelaslah imej pengarahnye
gambar di atas adalah antara orang kuat NECOR 2011, sila abaikan yang bertudung labuh tu, sekadar penyeri gambar ni

Antara bait ucapan pengarah yang kuingati masa majlis perasmian penutup "lepas ni, kita akan anjurkan kolokium peringkat international pula''. Jadi apa tunggu lagi?moh ler kiter....hehe

No comments:

Post a Comment