CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

our love have been..

Friday, April 29, 2011

Chuggington - ChuGger!ChuGgER!



Minat dengan theme song ni,kenapa?kerana Akif sangat meminatinya. Kalau pergi Tesco, setiap mainan keretapi yang abahnya beli dia akan namakan 'Chugginton'. Hebat betul pengaruh kartun ni kepada Akif. Bila nampak je keretapi dia akan panggil Chugginton. Teringat masa aku kecil seusia Akif, kartun yang popular zaman tu Doraemon, Tom n Jerry, Sailormoon, Suria Perkasa Hitam, cukup mempengaruhi fikiran kita suatu tika dulu.

Apa yang menariknya, Akif suka nyanyi lagu kartun ni bila dia main permainan keretapinya. Bukan setakat Akif yang menyanyi, kadang-kadang abah dan ummi juga terpengaruh dengan Akif nyanyi lagu ni. Syok juga ya..

Oleh kerana sangat tertarik dengan animasi tersebut, aku cuba cari senikata lagu tu. waahh bagus betul ummi, siap cari senikata theme song of Chugginton. Dibawah ni senikatanya.

(Chug Chug Chug Chug...)
"Honk your horns!"

We're trainees.
We're making tracks,
Wheels to the rails!
Clackety Clack!

Running on time,
Passengers to take.
Hauling loads,
Pickups to make!

(Chug!  Chug!  Chug!)
Riding the rails!
(Chug! Chug!)
A traintastic crew!

Honk your horns... choo choo! 
Choo choo! 

Chuggington! 
Chugga Chugga Chugga Chugga Chuggington! 

Chuggington! 
Chugga Chugga Chugga...
Chugga Chugga Chugga...
Chugga Chugga Chugga Chugga Chuggington! 

Clackety Clack!


Syok juga join Akif dengan animasi kegemarannya...Chug!Chug!Chug!..


Thursday, April 28, 2011

Doa amalan bagi ibu yang menyusukan anak

"Ya ALLAH...permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan...AMIN..."

Surah al-Hujurat & al-Kautsar juga baik diamalkan bermula sejak mengandung lagi ...Niatkan dalam hati semoga ALLAH swt murahkan rezeki kite, anak kite dan banyakkan susu kite.Bagaimana pun jangan kita lupa juga bahawa rezeki itu semuanya datang dari Allah.Sebaiknya dibaca dan difahamkan juga tafsiran ayatnya.
Selain dari itu amalkan surah al-Baqarah ayat 60. Sambil dibaca letakkan tangan pada breast, and doa dalam hati semoga Allah murahkan rezeki anak kita dan supaya kita mampu memberikan susu yg cukup pd anak kita hingga sekurang-kurangnye umurnya 2 tahun...

Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".

Lagi satu, amalkanlah berzikir dgn kalimah
YA MATIN (Maha Sempurna KekuatanNya) 70 kali setiap hari. Waktu yg paling bagus adalah pada waktu malam dan subuh. Anda juga boleh bacakan zikir tersebut dan hembuskan ke dalam segelas air lalu diminum. Yakinlah.InsyaALLAH susu badan kita akan bertambah jika kite istiqamah dgn amalan yg tersebut di atas....

Artikel ni sangat menarik minat saya. jadi tak perlu taip panjang. copy and paste dalam blog agar boleh jadi rangka rujuk untuk saya. Manfaat bagi saya sebagai seorang ibu untuk terus menyusukan bayi saya. terima kasih kepada penulis artikel ini.

Kembali semula

Setelah genap 90 hari bercuti, kini kembali semula bertugas seperti biasa, hari pertama nak drive ke Port Dickson sangat menguji keimanan...malas sungguh diri ini, rasa cuti 90 hari tu macam tak cukup je, ligat je jari ni dail nombor office minta tambah lagi cuti. wah..malas sungguh ustazah ni, dalam kelas bukan main lagi memberi motivasi kepada pelajar ala-ala dr Fadzilah Kamsah, 'jangan malas kelak kecewa.'.rupanya virus tu ada pada empunya diri sekarang.

Setelah pertambahan cuti diluluskan, aku kembali memulakan tugas pada minggu berikutnya, kalut juga bila dah bertambah sorang lagi ni. Kali ni, pergi bekerja ditemani dua orang tuan kecik pula. Kalau dulu ummi hanya ada Akif, sekarang dah ada Amal bersama. Kalau dulu, ummi boleh masukkan semua kelengkapan Akif dalam beg waktu pagi sebelum keluar bekerja sekarang ummi kena pastikan kelengkapan anak-anak ummi waktu malam lagi agar tak ada yang ummi tinggal nanti, maklumla dah berdua..maka akan jadi dua kali ganda berbanding dulu.

Setiap malam ummi mesti pastikan pam susu dan segala alat kelengkapan pemerahan telah dimasukkan dalam beg, perahan susu ummi untuk Amal dimasukkan dalam beg agar perjalanan ke tempat kerja esok hari berjalan lancar.

Harap-harap pemanduan ummi setiap hari berjalan lancar setiap hari walaupun kadang-kadang ummi terpaksa juga tenangkan rengekan kecil Amal. Setiap hari aku akan cakap pada Amal " Amal jangan nangis ye,ummi tengah drive ni, kejap lagi je nak sampai" Akif pun mencelah " Amal Ijjaaah...Amal Ijjah.." sekurang-kurangnya Amal tersenyum dengan agahan Abang Akif, itu sudah meringankan bebanan dan gangguan aku untuk terus fokus dalam pemanduan.

Penat juga bila dah bertambah anak ni, namun bila melihat keletah dan ragam mereka yang semakin pandai. bertambah perasaan sayang, bertambah rasa cinta, bertambah rasa tanggungjawab untuk memelihara amanah Allah ni dengan sebaik mungkin agar mereka menjadi sebaik-baik khalifah. Inilah saham dunia dan akhirat yang sangat bernilai.

Hari pertama, kembali bertugas banyak perubahan yang berlaku, perubahan dalam pertambahan staf baru (ini mungkin peluang untuk aku transfer), pertambahan partition, pertambahan port folio, perubahan tugas, membuatkan aku jadi blurrr juga pada hari pertama. Maklumla lama bercuti kan. Langkah terbaik, ignore dulu, tenangkan fikiran, lakukan satu persatu dulu, memandangkan sesi perkuliahan dah habis, hanya tinggal tugas-tugas di pejabat sahaja.

Untuk sesi jun 2011, masih lagi menanti jawapan untuk pertukaran ke Politeknik lain, minta kali ni ada rezeki aku untuk bertukar. Amin.....