CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

our love have been..

Thursday, April 28, 2011

Kembali semula

Setelah genap 90 hari bercuti, kini kembali semula bertugas seperti biasa, hari pertama nak drive ke Port Dickson sangat menguji keimanan...malas sungguh diri ini, rasa cuti 90 hari tu macam tak cukup je, ligat je jari ni dail nombor office minta tambah lagi cuti. wah..malas sungguh ustazah ni, dalam kelas bukan main lagi memberi motivasi kepada pelajar ala-ala dr Fadzilah Kamsah, 'jangan malas kelak kecewa.'.rupanya virus tu ada pada empunya diri sekarang.

Setelah pertambahan cuti diluluskan, aku kembali memulakan tugas pada minggu berikutnya, kalut juga bila dah bertambah sorang lagi ni. Kali ni, pergi bekerja ditemani dua orang tuan kecik pula. Kalau dulu ummi hanya ada Akif, sekarang dah ada Amal bersama. Kalau dulu, ummi boleh masukkan semua kelengkapan Akif dalam beg waktu pagi sebelum keluar bekerja sekarang ummi kena pastikan kelengkapan anak-anak ummi waktu malam lagi agar tak ada yang ummi tinggal nanti, maklumla dah berdua..maka akan jadi dua kali ganda berbanding dulu.

Setiap malam ummi mesti pastikan pam susu dan segala alat kelengkapan pemerahan telah dimasukkan dalam beg, perahan susu ummi untuk Amal dimasukkan dalam beg agar perjalanan ke tempat kerja esok hari berjalan lancar.

Harap-harap pemanduan ummi setiap hari berjalan lancar setiap hari walaupun kadang-kadang ummi terpaksa juga tenangkan rengekan kecil Amal. Setiap hari aku akan cakap pada Amal " Amal jangan nangis ye,ummi tengah drive ni, kejap lagi je nak sampai" Akif pun mencelah " Amal Ijjaaah...Amal Ijjah.." sekurang-kurangnya Amal tersenyum dengan agahan Abang Akif, itu sudah meringankan bebanan dan gangguan aku untuk terus fokus dalam pemanduan.

Penat juga bila dah bertambah anak ni, namun bila melihat keletah dan ragam mereka yang semakin pandai. bertambah perasaan sayang, bertambah rasa cinta, bertambah rasa tanggungjawab untuk memelihara amanah Allah ni dengan sebaik mungkin agar mereka menjadi sebaik-baik khalifah. Inilah saham dunia dan akhirat yang sangat bernilai.

Hari pertama, kembali bertugas banyak perubahan yang berlaku, perubahan dalam pertambahan staf baru (ini mungkin peluang untuk aku transfer), pertambahan partition, pertambahan port folio, perubahan tugas, membuatkan aku jadi blurrr juga pada hari pertama. Maklumla lama bercuti kan. Langkah terbaik, ignore dulu, tenangkan fikiran, lakukan satu persatu dulu, memandangkan sesi perkuliahan dah habis, hanya tinggal tugas-tugas di pejabat sahaja.

Untuk sesi jun 2011, masih lagi menanti jawapan untuk pertukaran ke Politeknik lain, minta kali ni ada rezeki aku untuk bertukar. Amin.....

No comments:

Post a Comment