gambar di atas menunjukkan satu kisah di petang ahad, aku bersama ibu mertuaku dan mak cik ku melawat muzium negara. patriotik juga aku bila dah habis pantang ni, hehe, menurut suamiku ibunya menyatakan hasrat untuk melawat muzium negara ni dah lama, jadi harini dia tunaikan hasrat ibunya untuk melawat muzium. bagus abang, inilah tandanya abang memang soleh. bila lagi kita nak membahagiakan mereka kan?tak terbalas jasa mereka membesarkan kita hanya dengan melawat muzium kan?tapi membahagiakan mereka dengan meluangkan masa bersama mereka itu cukup bermakna. cuba tengok Akif tu, pandangannya ke arah lain plak,dia 'bad mood' masa ni, baru bangun tidur, yang paling susah kami nak tunaikan hajat Akif masa ni, dia minta nak naik keretapi kat belakang tu, mana boleh kan..
ni gambar kali pertama aku rakamkan bersama putera puteriku setelah habis berpantang, tujuannya tak ada sebab lain adalah untuk melihat badanku sendiri, adakah sudah besar berbanding anak dara dulu, eh silap..berbanding anak seorang dulu, anak dara mana boleh banding kan..zaman anak dara mestila cun..hehe,adakah aku masuk dalam bakul dan angkat sendiri?. Hal ini,bukannya apa, rasanya semua wanita akan risau perubahan bentuk badannya setelah melahirkan anak, normal la kan?.Siapa yang paling penat dengar pertanyaan ni "abang, yang dah gemuk ke?"cuba anda teka?mestila orang yang paling rapat dengan kita..our husband. Adakah anda seperti saya?.gambar di atas adalah replika sultan dan mubaligh arab ketika mula-mula islam masuk ke dalam kerajaan Melaka. lepas tu semua rakyat jelata peluk agama Islam dan undang-undang Islam di laksanakan dalam kerajaan. Bacaanku terganggu sikit masa ni, Akif ajak tengok yang lain pula.
apa yang Akif terangkan dekat tok dan tok cik dia tu ye?.Itu replika kapal portugis yang dinaiki oleh Sir Alfonso de Alburque ketika nak tawan kota Melaka. maka bermulalah era kolonial dalam kerajaan Melayu. kita semua boleh baca dalam buku sejarah. mungkin kita semua masih ingat Alfonso?ni replika kota A famosa,yang dekat gerbang tu,itulah Sir Alfonso de Alburque, (hehe),comel kan sir ni?tengok tu siap bawa baby lagi.
ni beca zaman dulu, tengok gambar dibelakang tu, orang yang akan tarik kita. Kalau kita tengok filem klasik cina, kita akan tengok benda ni. Menurut ibu mertuaku dia pernah tengok benda ni,zaman dia dulu orang naik benda ni. sabar sungguh orang dulu kan?zaman kita?kita naik LRT,KLIA EXPRESS,KOMUTER,STAR,itupun masih merungut lagi lembab dan lambat.
ni pula syeikh Muhammad Ridzuan Hashim,angkasawan negara kedua yang akan ke angkasa lepas.
wah..mesranya ummi dan Akif,gambar ni dirakamkan di Tasik Varsiti,UM,lepas ke muzium,lepak dekat tasik Varsiti. imbau kenangan dulu sewaktu di alam pengajian,ewahhh..romantik juga husband i..dulu lepak dengan kawan-kawan,sekarang lepak dengan husband dan anak pula.
Akif nampak kenderaan kegemarannya 'BULLDOZER'
Gambar Amal tidur je yang boleh dirakamkan,dia tidur pula masa ni,agaknya badan rasa selesa lepas mandi dekat Masjid Rahman agaknya.
ummi dan abah Akif Amal, bergambar kenangan di Tasik Varsiti, snap sendiri je gambar lantaran terlalu malu untuk suruh orang tolong ambilkan gambar. tu pun kira cun la tu..hehe
Sekian cerita bergambar saya untuk kali ni, nasib Akif dan Amal tidur sekarang,maka Ummi bolehla plotkan cerita. terima kasih Akif dan Amal.
No comments:
Post a Comment