CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

our love have been..

Wednesday, December 8, 2010

SELAMAT DATANG SEMESTER BARU SESI DIS 2010

Dah mula semester baru sesi Dis 2010, seperti selalunya, minggu pertama sesi Dis adalah Minggu Suai Kenal, ini agenda wajib bagi mana-mana institusi pengajian pun..kalau masa di Universiti dulu kita panggil orientasi, nama berbeza tapi objektif sama..

Bagi diriku sebagai tenaga pengajar sudah semestinya jadual perkuliahan untuk semester ni, setakat ni..jadual diberi hanya 14 credit hour sahaja..untuk program Commerce, Civil, Architecture and Mechanical. Selalunya ni la program yang daku pegang.

Berpuas hati dengan jadual diberi, but mungkin masih ada lagi pertambahan selepas ini, tunggu dan lihat.
Kursus yang diajar pun mengalami pertukaran dari 2 credit hour kepada 3 credit hour..bertambah jam kuliah ye..

Tadi 1st class or programme yang aku mulakan sesi kuliah..DSB2S1..Program senibina semester 2, nampaknya sambutan hari pertama sesi kuliah dengan mereka berjalan lancar seems semua happy dan teruja nak belajar. Minta sampai akhir sem begitula semangatnya...

Taklimat serta sinopsis kursus telah pun diberi, harapan saya sebagai pensyarah sudah tentulah inginkan kejayaan dan keberkatan dalam setiap amalan..ingin jadikan pelajarnya produk yang berkualiti untuk berhadapan dengan situasi semasa yang semakin mencabar...

Lepas habis sesi kuliah hari ni jam 10.00 am, terus ke kafe untuk makan, gerak ke office bagi menyempurnakan file yang masih terbengkalai...but sesuatu yang tak sedap didengar bila my officemate cakap server down mungkin seminggu..what????aiyya...terbengkalai selamanya fail-failku....

No comments:

Post a Comment