Sebut je MAHA international 2010, semua orang mungkin ambil tahu event tu, mana taknya, kalau kita menonton TV9 atau mana-mana channel di kaca TV, promosinya cukup hebat..
So semua orang akan tertarik untuk mengunjunginya, termasuklah aku. Teruja benar nak ke pesta MAHA international tu, coz sebelum ni pernah pergi waktu i tengah pregnantkan akif dulu,erm dah dua tahun pun Akif.
Apa yang menjadi kegemaranku dekat MAHA dulu..Livestock Showground la..sebab diriku sangat gemar melihat alam haiwan. bila masuk taman arnab, dan bermain dengan arnab rasa seperti Alice in Wonderland, antara cerita fantasi yang aku minat masa kecil dahulu.
Tapi, nak dijadikan cerita, 10.30 am keluar dari rumah, planning akan sampai awal dan dapat round sepuasnya hari Ahad lalu menjadi sebaliknya. Mana taknya..nak ke entrance and ke car park pun makan masa sampai 2 jam. Orang tersangatla ramai...sampai penganjur pun kata "pengunjung luar biasa hari tersebut"...
Dapat parking pun dah 12.30pm, lepas tu nak ke tapak pameran kami menggunakan tramp atau train yang disediakan oleh penganjur.., sampai di stesen utama, my husband pergi ambil map untuk ke Livestock Showground. untuk sampai ke situ, kena naik bas lagi coz jarak jauh dari stesen utama. Nak jadi cerita, silap naik bas...dia bawa kami ke UPM, entrance 2.argh...waste time dah kat situ.
So, perut pun dah lapar..kami naik bas semula, and then pergi kafe untuk isi perut, Gerai makanan Pahang menjadi pilihan kami. Harga makanan dia boleh tahan mahalnya..tapi sebab teringin sangat nak makan gulai asam Pahang atau masak tempoyak..beli jugakla..rasanya memang sedap..macam masak tempoyak ikan patin tepi Sungai Pahang. dulu masa aku tinggal di Pahang rajin makan kat situ. My husband ambil ayam percik dan satar.
Lepas makan, solat zohor, lepas solat..hujan turun dengan lebatnya...so tak dapat juga nak pergi Livestock Showground, hanya berjalan sekitar Hall dan Pusat Pameran sahaja. Dalam pukul 6.15pm, kami pun nak bertolak balik..sebab maghrib pun skang dah awal kan..
Nak keluar parking jalan still jam juga...wah..penatnya rasa, Akif punya pampers pun dah basah kuyup..terpaksa tukar pampers Akif dalam kereta je...
Mungkin hari Ahad tak sesuai untuk ke tempat sebegini kan..tambah pula sekarang School Break....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment