Aidiladha telah tiba lagi...
Selamat menyambut hari raya aidiladha dan selamat menyempurnakan ibadah korban,
Tuan blog tak buat korban tahun ni, tahun lepas dah buat, itupun abah yang buat untuk satu family,
Cuti diambil pada 18 dan 19 November 2010 memandangkan cuti raya korban diberi oleh kerajaan satu hari saja, hari selasa minta keluar awal dari pejabat untuk pulang ke kampung bagi elak diri terjebak dengan kesesakan jalanraya, maklumla raya kan.
Walaupun dah keluar awal dan iron semua baju raya siap-siap masuk dalam kereta, takut sampai pagi raya nanti kelam kabut pula, hal ini berdasarkan pengalaman tahun lepas.
Bertolak dari rumah dalam pukul 8.30 pm lepas isyak, ingat selamat dari jam..rupanya terperangkap juga dalam kesesakan jalan berikutan runtuhan bongkahan batu di Ipoh serta kemalangan jalan raya di Slim River yang melibatkan kereta iswara, treler dan sebuah teksi, aku lihat kemalangan tu..sebab aku menggantikan husband drive coz dia terlalu letih dan sleepy...2 jam terperangkap dalam jam.
Dipendekkan cerita, kami sampai kampung husband waktu orang dah get ready solat aidiladha, 8.30am. after solat aidiladha, aku dan dia cover tidur..dan tak beraya mana-mana sebab terlalu penat. Sangkaan aku raya haji orang tak ramai balik kampung..rupanya sangat meleset...
Moral of the story : Biarlah kita ambil cuti sehari sebelum raya untuk elakkan situasi diatas.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment