Dapat tiket free pergi melancong ke Beijing, China, kota yang usianya sekitar 3000 tahun yang telah menjadi ibu kota China sejak 7 abad silam. Beijing merupakan bandar kedua terbesar di China selepas Shanghai. Teruja juga daku coz tak pernah travel ke luar negara.
Ermm..seingat aku la, masa umur aku 5 tahun dulu je, ke luar negara, tu pun negara jiran..bukan indon ya..tapi Singapore and Brunei. Itu pun sebab transit sahaja...tapi dah lupa la...klu ada rezki lebih nak ke Singapore sekali lagi..hehe
Disebabkan husband dapat anugerah, daku merasa menjejaki bumi Beijing yang terkenal dengan 'Great Wall' salah satu tempat bersejarah dunia yang mesti di lawati...dan sememangnya ku lawati tempat tu..
Perjalanan ke Beijing mengambil masa kira-kira 6 ke 7 jam, dan Beijing ketika pertengahan Julai adalah musim panas...erm..sedikit kecewa, coz nak sangat tengok snow..tapi kami pergi ketika summer, kalau spring lagi cantik kan??(menurut riwayat member yang pernah sampai sana musim bunga...)suhu bumi Beijing ketika itu lebih kurang sama je dengan Malaysia. Cumanya kat sana Subuh masuk pukul 3.00 pagi, ketika musim panas..maka waktu siangnya lebih panjang berbanding malamnya yang singkat. Kalau jaga pukul 4.00 pagi dah macam pukul 8.00 pagi di Malaysia.
Kami berlepas dari KLIA jam 12.00 am, perjalanan ke sana melalui 3 sempadan negara, Thailand-Vietnam-Hong Kong- China. Tiba di International Airport Beijing jam berapa ye?tak ingat plak, dalam pukul 8 rasanya...maklumla dah lama pergi, baru ada masa nak karang cerita..
Setibanya di Airport Beijing, pemandu pelancong telah sedia menunggu ketibaan kami,
Destinasi pertama yang di lawati adalah 'Kota Larangan' ataupun orang Cina panggil Forbidden City..kalau dalam cerita kung fu tu, diorang buat pengambaran kat sini la..besar tempat dia, tak ter'cover' keseluruhannya pun..penat..dah la masa tu i tengah hamil 3 bulan...kena jaga-jaga juga..tak boleh nak excited terlebih....
gambar ini dirakamkan di pintu masuk forbidden city tempat Jet Li practice kung fu dia..
Selepas Forbidden City, kami di bawa menginap di Sunworld Hotel, yang terletak di 'center' Kota Beijing, kalau kita di Malaysia, lebih kurang KLCC la...memang tempat tourist kan..kos menginap semua di tanggung, so tak tau..., yang aku tau kalau RM 50 kita bersamaan 100 yuen kat sana. Mahal lagi duit kita kan?
night in Beijing
Hari berikutnya kami di bawa melawat ke tempat-tempat yang kerajaan China wajibkan setiap pelancong yang nak ke republik China melawat...contohnya kilang pisau, kilang sutera ( China memang terkenal dengan sutera), Kilang Batu Jed ( Orang Cina memang percaya Jed), Stadium Olimpik...,Kilang Mutiara..paling 'boring' bila melawat kilang-kilang ni....
Hari ketiga di Beijing, kami di bawa melawat, kilang tembikar, kalau kita belajar sejarah pun..Tamadun Cina memang terkenal dengan seni tembikar kan?Oleh itu, ianya wajib dilawati..dan kita akan lihat seni orang Cina menghasilkan tembikar mereka..memang seninya cukup halus..hanya orang yang sabar dan berseni sahaja boleh buat...tapi satu tembikar pun aku tak beli...mahal la...ribu-ribu yuen satu tembikar..dan ada yang mencecah ratusan ribu yuen...Lepas makan di restoran berdekatan, untuk makluman..sepanjang di China memang semua masakan China aku makan...hari kelima di China dah rasa loya makan lauk pauk China..hati mula teringat kari ayam, laksa, mee bandung, nasi goreng pataya...hehe...
Petang hari ketiga di Beijing, kami menuju ke 'Great Wall' atau kita panggil Tembok Besar Cina...(paling ditunggu-tunggu antara semua destinasi), dulu hanya tengok gambar dalam buku Sejarah Peradaban Dunia, kini ku jejaki bumi ini...erm.."tuntutlah ilmu biar sampai ke negeri China", Great Wall ni..menurut pemandu pelancong inform..siapa yang boleh habiskan perjalanan dalam satu hari ke penghujungnya akan di beri sijil...erm buat lawakla tu, setahun pun belum tentu sampai ke hujungnya...hehe, UNESCO telah mengiktiraf Great Wall ni sebagai ' Tapak Warisan Dunia',panjang kira-kira 6400km, tapi lepas tu ada pendapat lain kata 8,851.8 km, erm..berapa agaknya?so jelajah sendiri tengok...,sangat cantik pemandangan dari tembok besar tersebut..,malangnya aku tak daki keseluruhannya coz kena jaga-jaga juga baby dalam perut ni...
my hubby daki sorang-sorang...aku just menanti dibawah..
Angin sangat kuat di sini...seronok juga,kalau winter lagi syok kot
Cuba tengok mangga kalau orang utara depa panggil pedal ayam yang banyak sepanjang great wall ni,ramai pasangan kekasih yang datang ke sini beli 2 pasang mangga, dan mohon hajat..moga mereka kekal bahagia hingga akhir hayat, dan terus diikat rapi di sini, kita orang Islam jangan buat ye..kebergantungan kita hanya pada Allah...
Berikutnya pada hari keempat di China, kami melawat plak istana tempat maharaja China bersantai ketika musim panas, nama istana ni "Summer Palace" atau istana musim panas. Nama cina tempat ni "Yi He Yuan" cewahhh..maksud pa pun tak taula.., mendapat pengiktirafan UNESCO juga pada tahun 1998, menurut sejarah,istana ini merupakan istana singgah untuk maharaja-maharaja Dinasti Qing, maharani, gundik-gundik apabila cuaca di Beijing menjadi terlalu panas. Istana ini dikelilingi tasik nama dia 'Tasik Kunming',luas 2.2 hektar, fully tenaga manusia yang buat, ada riwayat cakap seramai 3000 orang manusia mati nak bina tasik ni, kat sini aku naik bot untuk ke keliling Summer Palace, nak jalan pun boleh juga...tapi penatla, dahla masa ni asyik pening-pening je..so bot paling sesuai...
The Summer Palace, kami naik bot ni untuk pusing Summer Palace coz terlalu letih nak round tempat tu.
Kami juga pergi melawat masjid tertua di bandar Beijing, nama masjid tu Masjid Niujie, usianya lebih kurang 1000 tahun, ada dua makam di belakang masjid tu yang aku rakamkan gambarnya. Yang paling tak tahan nak tergelak masa tu, my hubby jadi translator untuk semua pelawat yang melawat masjid tu memandangkan imam masjid boleh berbahasa arab, so my hubby pun cakap arab cincai pi cincai mai la...kihkihkih...tapi satu pengalaman yang menarik aku kira.
Inilah Masjid Niujie, antara masjid tertua di Beijing
Last destination pada hari terakhir sebelum berlepas pulang ke Malaysia menaiki pesawat MAS MH aku lupa plak no plat pesawat tu, kami pergi shopping di 'Silk Street', sebelum ni pun memang dah banyak shopping, so duit masa tu tinggal 400 yuen sahaja untuk dibelanjakan di 'Silk Street', tempat ni memang tempat membeli belah, memang murahla..tapi kalau kita pergi hari ahad, kita terpaksa bersaing dengan ramai pelancong-pelancong dari Europe yang mana mereka ni kaya sikittla dari orang Malaysia..
Apa yang mengejutkan aku, gaya jual beli orang Cina ni kasarla...kalau kita kata nak beli barang tu, kita tak beli, dia akan kejar kita suh beli juga, my hubby hampir kena ketuk dengan kalkulator kalau tak beli barang tu bila dah buat penawaran harga, terkejut besar aku lihat tindakannya..tapi my hubby cakap 'normal la tu, memang depa macamtu..., ala-ala Petaling Street di Malaysia' tapi aku Petaling Street pun tak pernah masuk beli..,setelah selesai membeli beberapa souvenir untuk siblings, rakan taulan di Malaysia. Berakhirlah 'Cuti-cuti Di Beijing'.....panjang umur sampai lagi...hehe
saja pose tengah-tengah kota Beijing, dah checkout hotel and nak ke airport dah ni
Hari checkout hotel pun ada ceritanya tersendiri..memang kenangan betulla, bila nak checkout, pergi ke receptionist, dia kata kena bayar 450 yuen, wah tekezut betul..rupanya bila cek balik tak semua barang yang disediakan di hotel free, ada certain thing kena bayar maaa...so duit mmg dah habis langsung shopping, my hubby nak bagi duit Malaysia je lebih kuran RM 200 duit kita la, tapi ditolak, mesti berurusan dengan yuen la, so jalan terakhir husband guna kredit kad, berdebar juga, sebab husband cakap kredit kad dia 'freez',,tapi tawakkal je la...takdir Tuhan, kredit kad boleh guna hari tu..thank u Allah!!
10.30am di Beijing berlepas pulang ke Malaysia tanah airku...sangat merindui Malaysia, atas flight, pramugara tanya aku ' noodles or rice with curry chicken?' memang rindu sangat curry...so rice with curry chicken is my choice!!!, tiba di KLIA jam berapa tah lupa la...tapi malamla sampai..hati sangat rindu sama baby Akif...
Sayonara Beijing, Akif..Ummi nampak akif sepanjang penerbangan...
Abang thank u for the precious momment in Beijing...Ai di Beijing..
No comments:
Post a Comment