Selamat hari bapa ditujukan khas kepada semua bapa-bapa di Malaysia mahupun seluruh dunia!
"Dad you are my Hero!" itu tag yang daku baca dalam web anmum club, memang betul kalau dulu 8 Mei kita sambut hari ibu, jadi harini 8 Jun adalah hari bapa.., apa pun gelaran yang anda panggil bapa anda samada abah ke..daddy ke...walid ke..abi ke...ayah ke...bapa ke...pak ke...itu semua menunjukkan hormat dan sayangnya anda kepada bapa anda, begitu juga aku teringat abahku tika dan saat ini.
Selamat hari bapa... abah! terima kasih atas segala pengorbanan abah membesarkan, memberikan kasih sayang, pendidikan serta tarbiah kepada diri ini. Teringat lagu Aris Ariwatan bait yang berbunyi " 1 kasih nan abadi..tiada tandingi DIA yang satu....dua sayang berpanjangan membawa ke syurga kasihnya ibu..tiga lapar dan dahaga..rela berpayahan setianya AYAH...,lagi satu bait lagunya yang menyebut pengorbanan ayah yang mengusik jiwa meruntun hati "Ayah..menghantar ke sekolah..bergunalah ilmu bila dewasa...". Betul wahai abah..itu hakikatnya..benarnya lagu ini. Terima kasih Abah. Semoga abah sentiasa di berikan kekuatan dan nikmat kesihatan berpanjangan dan kemurahan rezeki.
Kalau nak di plotkan cerita tentang abah..tentu tak dapat nak plotkan dengan satu post saja, betapa banyaknya jasa dan pengorbanan mereka. Aku pasti di luar sana pun pasti berfikiran yang sama sepertimana aku. Jadi selagi hayat di kandung badan berbaktilah sebaik mungkin sebelum abah menutup matanya.
Kepada suamiku..selamat hari bapa abang...dah dua cahaya mata sekarang, amacam?sibuk tak menguruskan mereka atau mereka sibuk menguruskan abang???hehe, di mata Akif dan Amal you are their Hero, my father is braver than your father. Terima kasih kerana menjadi abah yang sangat penyayang dan sabar kepada anak-anak kita. Akif dah pandai solat sekarang walaupun rukun qaulinya boleh paham sikit-sikit..,mengaji muqaddam permulaan Ba Ta Sa...doa makan, doa tidur..kerana perananmu, Terima kasih abang..
Tuesday, June 7, 2011
Friday, June 3, 2011
Al-Kisahnya...
Petang itu bila pulang dari kerja, ternampak kotak microwave oven panasonic yang telah dikeluarkan dari stor. Cepat je mulut ni ajukan soalan pada si dia "abang dah jumpa manual user microwave tu?"cepat juga dia jawab soalanku "dah..". Memang manual user book tu aku cari-cari selama ni. Sebab apa aku cari?sebab al-kisahnya hari raya tahun lepas, si dia request nak rasa kuih raya yang aku buat." gulp" tertelan juga air liur ni, sebab selama 28 tahun aku hidup tak pernah satu jenis kuih raya pun daku buat sendiri, semuanya tengok katalog je dari rakan-rakan di pejabat.
Nak jadi cerita di bulan Ramadhan tahun lepas, aku cubala buat satu jenis kuih disebabkan permintaan yang bersungguh-sungguh dari dia. Kuih yang paling simple dan bahannya tak la mahal sangat,'biskut cornflakes bersalut madu'. Aku mula buat kuih ni seminggu lagi nak raya, pada masa yang sama semangat nak rasmikan microwave yang baru di 'redeem' oleh dia melalui maybank credit card. Terima kasihla maybank, sambil menyelam minum air, sesuai tak peribahasa ni digunakan?maknanya sambil menggunakan kredit kad sambil mendapat manfaat penggunaannya.
Bercerita pasal kuih tadi, pada pagi yang ke berapa ramadhan..sudah tak ingat, tapi yang ku tahu bersemangat waja diriku ini menyiapkan adunan biskut cornflakes ku ini. Dengan bantuan Uncle Google aku dapat resepi tu daripada beberapa blog masakan. Zaman sekarang senang nak masak apa pun boleh, rujukan banyak..memudahkan ibu-ibu moden macam aku, cumanya untung sabut timbul,untung batu tenggelam..maknanya, anda semua fikirlah sendiri..hehe
Bila adunan dah siap, si dia dan si cilik Akif membantu masukkan adunan tadi ke dalam cup yang telah di susun atas tudung periuk. Rajin juga Akif, cumanya masa last sekali dia letak kereta mainannya sebagai hiasan dalam cup biskut cornflakes ku, agaknya dia jemu tak ada hiasan :). Tiba saat untuk membakar biskut, saat perasmian microwaveku, setelah di select beberapa option butang 'start' ditekan. Dalam blog masakan diberitahu bakar lebih kurang 10-15 minit, tapi apa yang terjadi adalah tak tercapai akalku..baru 3 minit pembakaran, biskutku betul-betul terbakar, keluar api pada setiap cup. Situasi agak kelam kabut seketika, dengan pantas tanganku menekan butang 'stop', sebenarnya hajatku nak lari saja tadi, sebab takut berlaku letupan, tapi kalau aku lari agaknya tak beraya aku tahun lepas, kalau aku sahaja tak beraya tak pa, takut jiran sebelah juga beraya di hospital atau yang lebih serius lagi....oh tidakk..
Sejak peristiwa biskut terbakar, aku tidak lagi membakar apa-apa dengan microwave tu, si dia tidak putus asa, itulah sifat si dia yang daku kagum sehingga hari ini. Selepas peristiwa biskut terbakar, si dia beli pizza pah yang masih belum di masak kerana hajatnya nak masak dengan microwave oven di rumah saja. Petang tu, pulang dari bekerja, sebaik melangkah masuk ke dalam rumah, hidungku menangkap bau masakan yang sangat sedap, dia memberitahuku "yang, duduk dulu, abang masak sesuatu yang istimewa" surprise katanya. Setelah beberapa minit, dia hidangkan 'surprise' tu, waahh..pizza pah rupanya, hehe sangat menarik. Bila makan alamak!!! piring UFO ke ni, pinggan Arcopal??sangat keras..tapi disebabkan lapar makan jugala...
Setelah sekian lama hilang semangat nak memasak menggunakan microwave tu, kini semangat tersebut seakan membara kembali dengan penemuan buku panduan penggunaan microwave tu dalam stor. Bila di baca buku tu satu persatu barulah diketahui punca kenapa setiap masakanku jadi begitu rupa. Mana taknya..bakar biskut suhu 1100 watt, memangla jadi abu kuih, bakar pizza pun 1100 watt memangla jadi UFO...banyak lagi la kalau nak diceritakan betapa jahilnya aku nak menggunakan microwave ni..hehe
Pengajaran dari cerita ni, jangan anggap semuanya kita tahu, betapa pentingnya buku panduan penggunaan setiap benda yang kita baru beli. Ibarat juga kita hamba Allah..kalau hidup kita jauh dari Al-Quran kitab panduan manusia..nescaya pincangla semuanya...
'

Wednesday, June 1, 2011
Andai itu Takdirnya...
Malam ni dengan pantasnya tanganku klik ke portal e-sis setelah terbaca komen terhadap gambar Amin dok ketip punch card kat politekniknya. Antara komen yang menarik minatku dalam erti kata lain memberi informasi terkini, walhal sememangnya dah basi pun, cuma daku yang ketinggalan maklumat atau istilah yang bagus sikit 'informasi' adalah komen dari salah seorang temannya 'ustaz Amin dapat PTSB', menyedarkanku keputusan pertukaran telahpun keluar!!
Sangat berdebarnya...dup dap dup dap jantung ni...sejuk tangan dan kaki nak tengok keputusan permohonanku yang di rasakan telah banyak kali aku hantar, keluar je permohonan tukar,aku takkan lepaskan peluang untuk online...dalam hatiku menyimpan sejuta impian bukan lagi seribu impian macam lagu Casey tu..agar permohonanku berjaya kali ni...
Laman e-sis telah dibuka, macambiasa masukkan no kad pengenalan dan password *********,maka terteralah paparan link untuk lihat keputusan...

Berdebarnya hati ini untuk melihat keputusan, memang macamnilah perasaan bila nak tengok keputusan, tak kira lah apa-apa keputusan pun..keputusan exam, keputusan ptk, keputusan induksi, keputusan btn, dan sebagainya perasaan ni memang datang kat aku..
Apa pun keputusannya kena terima wahai puan Nor Wahida binti Dzalihu'zzabir, redha setelah berusaha dan berdoa(sekadar motivasi diri supaya jangan ada air hujan turun membasahi pipi ini..huhu)
Lihat Wahida, keputusannya.."Permohonan tidak berjaya",waaaaaaa...sekali lagi!!sangat sedih...tiba-tiba datang perasaan cemburu pada mereka yang berjaya!tolonglah...Wahai Tuhan yang maha kuasa andai itu takdirnya..tabahkan aku...golongkan daku di kalangan mereka yang sabar...ujian ya Allah...ujiannnn....
Apa langkah seterusnya?
Rayuan...mesti buat rayuan..nak seribu daya tak nak seribu dalih..makbulkan Ya Allah...Aminnnn..
Nasib baik terbaca komen FB, kalau tidak sampai harini 1 Jun tak semak keputusan lantaran lamanya tak ke pejabat akibat cuti sakit, walhal keputusan 27 Mei telah keluar...bagus juga gosip di FB ni..
Subscribe to:
Posts (Atom)