CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

our love have been..

Wednesday, June 1, 2011

Andai itu Takdirnya...

Malam ni dengan pantasnya tanganku klik ke portal e-sis setelah terbaca komen terhadap gambar Amin dok ketip punch card kat politekniknya. Antara komen yang menarik minatku dalam erti kata lain memberi informasi terkini, walhal sememangnya dah basi pun, cuma daku yang ketinggalan maklumat atau istilah yang bagus sikit 'informasi' adalah komen dari salah seorang temannya 'ustaz Amin dapat PTSB', menyedarkanku keputusan pertukaran telahpun keluar!!

Sangat berdebarnya...dup dap dup dap jantung ni...sejuk tangan dan kaki nak tengok keputusan permohonanku yang di rasakan telah banyak kali aku hantar, keluar je permohonan tukar,aku takkan lepaskan peluang untuk online...dalam hatiku menyimpan sejuta impian bukan lagi seribu impian macam lagu Casey tu..agar permohonanku berjaya kali ni...

Laman e-sis telah dibuka, macambiasa masukkan no kad pengenalan dan password *********,maka terteralah paparan link untuk lihat keputusan...



Berdebarnya hati ini untuk melihat keputusan, memang macamnilah perasaan bila nak tengok keputusan, tak kira lah apa-apa keputusan pun..keputusan exam, keputusan ptk, keputusan induksi, keputusan btn, dan sebagainya perasaan ni memang datang kat aku..

Apa pun keputusannya kena terima wahai puan Nor Wahida binti Dzalihu'zzabir, redha setelah berusaha dan berdoa(sekadar motivasi diri supaya jangan ada air hujan turun membasahi pipi ini..huhu)


Lihat Wahida, keputusannya.."Permohonan tidak berjaya",waaaaaaa...sekali lagi!!sangat sedih...tiba-tiba datang perasaan cemburu pada mereka yang berjaya!tolonglah...Wahai Tuhan yang maha kuasa andai itu takdirnya..tabahkan aku...golongkan daku di kalangan mereka yang sabar...ujian ya Allah...ujiannnn....

Apa langkah seterusnya?


Rayuan...mesti buat rayuan..nak seribu daya tak nak seribu dalih..makbulkan Ya Allah...Aminnnn..

Nasib baik terbaca komen FB, kalau tidak sampai harini 1 Jun tak semak keputusan lantaran lamanya tak ke pejabat akibat cuti sakit, walhal keputusan 27 Mei telah keluar...bagus juga gosip di FB ni..


No comments:

Post a Comment