CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

our love have been..

Tuesday, May 31, 2011

Allah sembuhkanku..

Dalam tidak sedar ataupun memang sedar tetapi sengaja tidak menyedari, dah dua minggu lebih diberi cuti sakit. Cuti yang sememangnya tak siapa pun inginkannya, hampir dua minggu juga daku berulang alik jumpa specialist lantaran sakitku ini. Sakit yang menjadi tanda tanya apa punca sebenarnya. Hati menangis siapa tahu..huhu..


Mengharap padamu ya Illahi, sembuhkan aku ya Allah...melihat kepada ujianMU ini, menghadapinya satu dugaan yang menguji  sedalam mana Iman dan Taqwaku kepadamu. Wahai Tuhan yang maha penyembuh segala penyakit sembuhkanku..sesungguhnya aku tidak mahu merasai prosedur 'itu' untuk ketiga kalinya...aku takut ya Tuhan, aku risau ya Tuhan, aku lemah ya Tuhan..tolonglah aku ya Rabbul Izzati..

Terima kasih abang kerana sentiasa disampingku dalam mengharungi mehnah ujian ini, berada disampingku untuk beri seribu satu ilmu ketabahan...memberi seribu satu semangat, memberi seribu satu bait-bait motivasi agar sentiasa positif pada diri.

Terima kasih kerana menjadi orang yang paling dekat di hati walaupun TV9 kata dia yang paling dekat di hati namun hakikatnya TV9 pun tak sedekat abang..hehe, sempat lagi berhumor tu..ye la..sakit ni jangan di negatifkan sangat, asyik bersedih nanti bertambah sakit betul tak? teringat satu slot dalam Wanita Hari Ini yang aku tonton tapi tak ingat tarikh, mengenai kenyataan seorang pesakit kanser yang sembuh kerana dia selalu tanamkan positif dalam diri maka dia dapat melawan sel kanser yang merebak pada tubuhnya.

Cik Abangku sentiasa suruh bersikap positif sentiasa, jadi semuanya akan baik..insyaallah..

Minggu depan 6 Jun 2011 ada temujanji lagi dengan pakar, harap semuanya bertambah baik..amin ya rab...

No comments:

Post a Comment