CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

our love have been..

Sunday, May 1, 2011

SeLamat MenyaMbut Hari PekerJa

Hari 1hb Mei 2011, selamat menyambut hari pekerja kepada seluruh kakitangan awam, swasta di Malaysia. Memandangkan cuti jatuh pada hari Ahad, maka esok cuti lagi, menjadikan hari bercuti menjadi 3 hari.

Bila sebut saja cuti, maka ramaila antara kita pada masa cuti ni mengambil kesempatan untuk menghabiskan percutian mereka di kampung, di mana-mana destinasi percutian yang menarik di Malaysia dan luar negara. tidak kurang juga bagi mereka yang menghabiskan percutian di rumah bersama-sama insan tersayang.

Walau apa pun yang kita lakukan dan di mana sahaja kita meraikannya, tidak menjadi ukuran nilai, yang penting kita rasakan apa yang dilakukan sangat bermakna untuk kita dan menjadi detik terindah dalam hidup untuk dikenang.....

Entah macam-mana pagi tadi sangat teruja nak berjogging, jadi aku ajak dia untuk ke Tasik Kotaseriemas, dekat rumah je. Dia setuju untuk jogging, katanya dah lama juga dia tinggalkan bidang sukan ni..cewaahh..atlet sukan sekolah dulu tu.

Semangat nak jogging, dia selongkar setor untuk cari kasut joggingnya yang dah lama tak digunakan. Menurutnya kali terakhir dia pakai tahun 2007 masa dia tawaf kota London,wah..lama juga tu. Tahun ni baru nak pakai balik. Lama juga tak bersukan ni..:)

Jadi percutian aku bersama keluarga hanya di Tasik berjogging dan bermain bersama anak-anak..sekarang dah anak-anak tu.. bukan lagi 'anak' je...dah bertambah Amal sorang lagi.

Kalau cerita saja tanpa 'image' macam tak seronok pula kan?ni aku upload sikit-sikit gambar-gambar yang sempat di rakamkan sebelum bateri dia habis..


syok juga naik benda ni, last naik benda ni masa aku taski dulu, bila ada Akif, merasala naik juga, cover-cover

Amal,main dalam stroller dah ye..permainan kat playground ni sesuai untuk abah dan abang Akif je


Sekian sahaja post entri untuk hari ini, netbook ni orang lain nak pakai pula, kacau betulla.....


No comments:

Post a Comment