CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

our love have been..

Saturday, May 7, 2011

SeLaMaT hAri Ibu..

Salam semua,untuk makluman esok 8 Mei 2011 merupakan sambutan hari ibu, hari ibu nie disambut pada hari Ahad minggu kedua bulan Mei, bergantung pada sesebuah negara tetapi ianya jatuh pada bulan Mei. Namun sebenarnya setiap hari pun merupakan hari ibu,tiap-tiap kali lepas solat pun kita akan titipkan doa khas untuk kedua ibu bapa kita samada mereka masih ada atau telah kembali ke rahmatullah.

Walau apapun yang digelarkan samada mummy,ummi,ibu,mama,emak, martabatnya tetap tinggi serta peranan yang dimainkan juga tidak berbeza melahirkan, membesarkan,mendidik serta menyanyagi selagi hayat dikandung badan.

Istimewa dedikasi ini untuk mak tersayang, mak terima kasih kerana melahirkan kakak pada 22 April 1983 pada hari isnin jam 1.32am. Terima kasih atas setiap titisan susu ibu yang kau alirkan ke dalam tubuh badanku ini. Terima kasih kerana membesarkan dan menyanyagiku sehingga aku jadi seperti aku pada hari ini. Terima kasih atas didikan serta perhatian sehingga aku kenal setiap bait ayat suci Al-Quran serta hukum hakam, adat dan budaya. Semoga Allah merahmati mak serta panjangkan usiamu..

Istimewa juga dedikasi ini untuk Mak Mertua tercinta, SELAMAT HARI IBU MAK,terima kasih kerana menyanyagi diri ini, suami dan anak-anak, mak sangat baik hati, penyayang dan sangat prihatin..terima kasih atas perhatian dan kasih sayang mak buat wahida selama ini. Semoga Allah merahmati dan memberkati hidup mak. Moga mak dikurniakan nikmat kesihatan berpanjangan...

Selamat hari ibu untuk diriku juga, semoga Allah memberikan 'inayah dalam membesarkan serta mendidik dua harta yang sangat bernilai ini Akif dan Amal agar menjadi khalifah yang terbaik serta mengimarahkan bumi Allah SWT berlandaskan arahan Allah dan Sunnah Rasulullah..Amin
sangat suka dengan kehadiran dua cahaya hati, yang memberikanku pengalaman sebagai seorang ibu yang sentiasa diuji sifat sabarnya...

No comments:

Post a Comment