CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

our love have been..

Tuesday, June 19, 2012

Tak Boleh Terima

bila terbaca entri atau post di facebook indahnya perkahwinan,
sometimes ok dan masuk akal, tapi sometimes tak rasa pun indah,
bila sebut isteri derhaka, ok fine isteri yang lawan suami,tengking suami, pukul suami,
but look...sometimes terjadinya hal seperti tue, bukan 100 peratus datang dari pihak isteri,
suami pun boleh jadi derhaka juga,

tak paham kenapa boleh jadi,
macammana boleh jadi,
masuk tak kat akal ayat-ayat cinta sebelum nikah indah macam dunia ni depa yang punya
bila kawin ayat-ayat cinta tukaq jadi bahasa yang sangat kasar,tak boleh nak diterima akal
hati pun cuak, benci, dendam, jauh sekali nak tunduk taat,

sometimes suami langsung habis idea jiwang macam dia campak dalam sms masa tak kawin
masa hidup jarak jauh macam kutub utara kutub selatan,
how idiot this!!memang langsung-langsung-langsung pelik dengan kehidupan rumah tangga
isteri kena dengar tapi tak boleh bagi idea kalau bg idea yang tak kena dengan selera
salah tafsir tukaq idea jadi isteri cuba cakap sesuatu yg tak sepatutnya di cakap

so para isteri, lepas ni pegi hospital jahit mulut anda,
jangan biaq dia terbukak,nanti derhaka...
sila minta maaf...sila minta maaf...

biar awak 1000x kena sumpah bodoh...bodoh...bodoh dan ......''''''',,,,,,/////,,,,,

semoga bahagia hingga akhir hayat para suami isteri diluar sana....

Sunday, May 27, 2012

kala senja itu tiba

kala senja itu tiba...

ku termenung sendirian, tiba-tiba jari ini ingin menekan dashboard melakarkan cerita hidup
hidup ni kadang-kadang indah...
kadang-kadang duka...
kadang-kadang ceria dengan insan yang disayangi..
kadang-kadang sepi dari sesiapa....

so long...walau ada usul hidup...
so long...walau ada cabang hidup....
so long.... walau usul masih bernyawa...
so long.....walau cabang hidup di sekitar lokasi....

sakit...tiada yang menjengah....
mati...mungkin tak tahu....
mohon pada Tuhan diberi kekuatan....

mungkinkah kesilapan dulu masih tiada bernoktah...
mungkinkah ini perasaan yang sentiasa menyinggah...
mungkinkah ini sememangnya bukan prasangka...
mungkinkah ini adalah realiti...

sekadar melakar mengisi kala senja yang tiba....

semoga ini kebetulan bukan suratan...


Sunday, January 1, 2012

jalan-jalan Tahun Baru

petang tadi teruja nak pegi jakel, dek terpengaruh dengan iklan zatil waktu aku dengan dia pegi tengok anak bulan Safar kat Baitulhilal Teluk Kemang baru-baru ni. Entah macammana boleh nak join husband tengok anak bulan pun tak taula...Selalunya husband akan pegi sorang je, daku tidak menemani walau acapkali dia mempelawaku. Maybe 26 Disember tu, Zatil mengajak dengan men ''sms'' ku,aku pun joinlah.. Malangnya malam tu anak bulan safar tidak kelihatan..mungkin malu sebab aku dan Zatil ada kot..hehe(pendapatku memang tak akademik kan???,tak layak lansung jadi informer bahagian Falak)

Perenggan pertama diatas,hanyalah pendahuluan karangan darjah 5 ye, ni baru nak masuk cerita ''jalan-jalan,Tahun Baru''. Oleh kerana sangat teruja dengan iklan Zatil tentang diskaun fabrik di Jakel sehingga ****% sehingga 2 Januari 2012, aku gagahkan diri dengan memujuk my husband untuk ke J***L..Malangnya, dia tak nak,katanya letih nak ke KL, dah tentu jam sebab malam ni tahun baru,..erm..betulla jugak, jadi daku search dalam tenet mana cawangan J***L yang terdekat supaya aku tak meredah jam Kuala Lumpur dan dapat tengok sendiri diskaun kain tu..hehe,semangat betul aku kalau bab shopping ni...akhirnya ku temui di Seremban, tapi namanya Casa Moda, adik beradik J***L lah tu..nama je lain.

So petang tu aku dan husband serta putera puteriku memulakan langkah ke Seremban 2, dapatlah ku lihat sendiri diskaun kain di Casa Moda, tak der la murah sangat, bolehla nak beli ''sepasang'' hehe, tak banyak pun ku beli, hanya sepasang....(tazkirah untuk diri ''jangan terlalu menurut hawa nafsu'')

Lepas ke Casa Moda, kami ke Jusco,tapi Akif request nak ke Tesco...maklumla..yang dekat dengan rumah dia Tesco, puas pujuk juga, barulah dia akur nak join aku dan abahnya ke Jusco, yang penting bunyi ''co'' tu depan je beza ''Tes'' dan ''Jus'',hehe..

Ramai betul orang, maklumlah..tak lama lagi kaum cina akan sambut Tahun Baru Cina, Akif semakin boring dengan gelagat orang kat Jusco, tambahan pula aku dok asyik pilih kasut dan handbag..,dia pun nak try juga kasut yang aku try..erm...nak buat macammana kan, ummi hanya ada Akif peneman ummi shopping, sedang asyik aku memilih barang-barangku, Akif mula tarik tanganku untuk ke bahagian ''barang'' dia pulak...(bahagian alat permainan). Puas mengelak..akhirnya Akif menjerit, buat aku tak jadi nak beli apapun...

So layan moody Akif...

abah dan ummi kena beli dua token untuk Akif naik jadi Pilot ni, 1 token bersamaan RM1, layan je lah....
betapa sukanya hati dia, terbang bersama helikopter tu...cukup 2 kali pusing, kena turun, nasib baiklah Akif tak request nak naik sekali lagi
Lepas, shopping, perut mula berkeroncong,singgah makan, roti nan dan tandoori + Teh tarik, Amal pun tak ketinggalan mencuba roti nan
Abang dan Adik sudi untuk mengadakan sesi fotografi, susah juga nak dapat kerjasama macam ni...
Lepas makan, solat maghrib di Masjid Bandar Nilai, Akif tak melepaskan peluang untuk segarkan badan di situ, dia request "Abang Akif nak mandi,abah"jadi terpaksa la mandikan dia..ceria lepas mandi

Selepas solat maghrib dan Isyak, kami ke Tesco untuk tunaikan permintaan Akif, kemudian balik ke Kota Seriemas, sekian saja cerita ''Jalan-Jalan Tahun Baru''