CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

our love have been..

Tuesday, June 7, 2011

SELAMAT HARI BAPA

Selamat hari bapa ditujukan khas kepada semua bapa-bapa di Malaysia mahupun seluruh dunia!

"Dad you are my Hero!" itu tag yang daku baca dalam web anmum club, memang betul kalau dulu 8 Mei kita sambut hari ibu, jadi harini 8 Jun adalah hari bapa.., apa pun gelaran yang anda panggil bapa anda samada abah ke..daddy ke...walid ke..abi ke...ayah ke...bapa ke...pak ke...itu semua menunjukkan hormat dan sayangnya anda kepada bapa anda, begitu juga aku teringat abahku tika dan saat ini.

Selamat hari bapa... abah! terima kasih atas segala pengorbanan abah membesarkan, memberikan kasih sayang, pendidikan serta tarbiah kepada diri ini. Teringat lagu Aris Ariwatan bait yang berbunyi " 1 kasih nan abadi..tiada tandingi DIA yang satu....dua sayang berpanjangan membawa ke syurga kasihnya ibu..tiga lapar dan dahaga..rela berpayahan setianya AYAH...,lagi satu bait lagunya yang menyebut pengorbanan ayah yang mengusik jiwa meruntun hati "Ayah..menghantar ke sekolah..bergunalah ilmu bila dewasa...". Betul wahai abah..itu hakikatnya..benarnya lagu ini. Terima kasih Abah. Semoga abah sentiasa di berikan kekuatan dan nikmat kesihatan berpanjangan dan kemurahan rezeki.

Kalau nak di plotkan cerita tentang abah..tentu tak dapat nak plotkan dengan satu post saja, betapa banyaknya jasa dan pengorbanan mereka. Aku pasti di luar sana pun pasti berfikiran yang sama sepertimana aku. Jadi selagi hayat di kandung badan berbaktilah sebaik mungkin sebelum abah menutup matanya.

Kepada suamiku..selamat hari bapa abang...dah dua cahaya mata sekarang, amacam?sibuk tak menguruskan mereka atau mereka sibuk menguruskan abang???hehe, di mata Akif dan Amal you are their Hero, my father is braver than your father. Terima kasih kerana menjadi abah yang sangat penyayang dan sabar kepada anak-anak kita. Akif dah pandai solat sekarang walaupun rukun qaulinya boleh paham sikit-sikit..,mengaji muqaddam permulaan Ba Ta Sa...doa makan, doa tidur..kerana perananmu, Terima kasih abang..

1 comment: