CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

our love have been..

Sunday, October 30, 2011

SeMeSter Jun BeRakhir Sudah...

Salam dan selamat pagi...

Semester Jun sudah berakhir kini, dengan tamatnya ujian Akhir bagi Kod Kursus AA101,AA201,AA301 semalam,harapan saya sebagai warga pendidik kepada warga pelajar saya dari semester 1 sampaila ke semester 3, semoga kalian semua berjaya dalam peperiksaan final masing-masing nanti, berjaya dunia dan akhirat...

Ini antara rakaman-rakaman yang sempat di ambil sepanjang aktiviti P&P sesi Jun berjalan...
video pelajar saya melakukan praktikal pengurusan jenazah sebagai salah satu kriteria penilaian wajib dalam kursus AA201, antara kumpulan yang terbaik yang menarik minat untuk dirakam
exam oh exam! pelajar Tamadun Islam
accident,patah tangan,inilah antara keadaan pelajar yang sering saya hadapi setiap sem, pelajar sering terdedah dengan kemalangan,pesanan saya selalu baca doa sebelum naik kenderaan..
khusyuk sungguh...boleh jawab ke??
kuiz oh kuiz!
wargh!!mana satu nak buat..semua buka!PB,RKM,SKP,oh tidak....audit oh audit!..

inilah antara rakaman-rakaman yang telah dirakamkan sepanjang sesi Jun 2011, AUDIT pun dah berakhir 27 dan 28 oktober dengan jayanya..tapi jabatanku tidak pula dikunjungi, semua rakan seperjuangan menarik nafas lega nampaknya.....hehe

Saturday, October 29, 2011

apa saya buat cuti deepavali?

apa yang saya buat masa cuti deepavali baru-baru ni?erm..tiba-tiba saja rasa nak ke ekspo buku di KL sentral. sebenarnya saya pun tak tau ada ekspo tu,tapi my husbandla beria benar jadi promoter pasal ekspo tu. jadi saya pun tertarik juga nak pergi, lebih-lebih lagi saya nak cari satu buku karangan ustaz Haron Din pasal hudud,maybe akan jumpa buku tu kalau ke sana.

Sekiranya ada individu yang terbaca new entri ni, saya akan sambung bila ada kelapangan ye,maaf semua,bukannya apa, my baby girl si comel Amal dah tak nak kat abah dia la..saya kena menyusu dia..

To be continue......

Pagi ni dapat sambung balik cerita ekspo buku semalam, sebab Amal dan Akif masih lena dibuai mimpi. dalam pukul 11.30 pagi,kami bertolak ke kl sentral untuk melihat sendiri kemeriahan ekspo buku tu, sampai je di kl sentral dalam pukul 12 tghhari,lepas dah parking kereta, kami pun masukla ke tempat ekspo berlangsung. tak banyak sangat pun buku yang dipamerkan,booth pun ada lebih kurang 6 booth, dan buku yang saya nak cari pun tak kelihatan nampaknya....

Dalam keghairahan saya dan suami nak memilih buku, si Akif pun tak kurang hebatnya, masa tu la dia menjerit nak tapai tobang'kapal terbang', nak tetapi 'keretapi',nak pa iyoo 'super hero',yang merungsingkan saya dan suami,manala nak tapai tobang yang dia minta kat tempat macam ni, budak-budak kan..manala sesuai bawa ke sini,sebab dalam fikiran dia sejak dari keluar umah tadi mungkin dah setting nak ke tempat mainan..macam kitala..kita pun mesti setting juga kan,malangnya ummi dan abah tak setting macam Akif setting, nasib baikla Adik Amal baik je dalam stroller, hanya kawal abangnnye je la..takut-takut peristiwa Akif hilang di Jusco Mid Valley berulang lagi..

Abah dah mula cuak dengan perangai Akif,mula dari jeritan sampai ke tangisan nak tapai tobang..aku pun tak boleh juga nak concentrate nak cari buku. bila tanya pendapat husband buku-buku yang di bawa untuk di bayar ok atau tak, dia jawab "beli je la....cepat-cepat sikit...". wah..jawapan macam dah give up dengan si Akif agaknya,maklumla abah terpaksa menguruskan si Amal dengan Akif.

Setelah selesai memilih dan membayar, dapatla diskaun dalam 10%,tak banyak sangat pun kan, ekspo ni tak la sebesar pesta buku, itupun dah cukup penat nak kawal Akif yang menarik baju ummi dan abah ke sana sini minta dibelikan mainan, bayangkanla kalau pergi ke pesta buku???kurus lagila abah ye...hehe

Tapi yang seronoknya di ekspo buku tu,dapat jumpa dengan penulis novel sejarah terkenal en. Ab Latip, rasanya ada antara kita yang suka koleksi novel beliau kan, saya sempat tengok dan ambil signature dia, nak bergambar...erm..malulah,tapi saya snap juga gambarnya..

Lepas ni nak ke mana ye abah?,request dari ummi nak ke sogo pula, sebab ada 'sesuatu' yang ingin dibeli...

Di bawah adalah koleksi rakaman yang sempat di buat,sebagai tanda ingatan dan kenangan yang perlu di pateri teguh dalam dari maya ni...
                                                                                *
                                                                                *
                                                                                *
                                                                                *
                                                                                v
gambar di atas en Latip novelis sejarah yang terkenal yang saya ceritakan tadi
akhirnya budak nak tapai tobang ni di 'pancing' dengan makanan barulah' aman' sikit..hehe
minuman kegemaran Akif pulak tu yang dibeli abah, jagung...
masa ni Amal pun dah mula nak ehek..ehek..tapi masa abah snap,elok pula dia senyum...
Lunch time!singgah di restoran apa tah namanya,kat area universiti malaya
teka apa ni?ni gula-gula si Akif minta,kalau tak beli dia tak nak berganjak dari chocolate stall kat kl sentral tu, mahal juga 500g RM5.50,tak silap saya la..
inilah antara buku-buku yang sempat dibeli di ekspo buku Islam tu,pesanan untuk saya "wahida,jangan beli je..pastu masuk almari buku"...hehe,suami pun pernah cerita nak banyakkan koleksi buku, dia punya impian nak jadikan rumah macam bait al-hikmah masa pemerintahan Khalifah Harun Ar-Rasyid...amin...bagus impian suamiku.


Sunday, October 23, 2011

testing 1,2,3...


Selamat pagi semua...entah macammana pagi ni saya testing widget di atas,mungkin para blogger yang lain dah tau widget ni,tapi daku baru temuinya,saja syok-syok try this,so this dedication is for my lovely husband Muhammad Ridzuan Bin Hashim...

Saturday, October 15, 2011

CUTI-CUTI STORY!

Lamanya rasa tak update entri terbaru,bukan apa,sejak akhir2 ni sangat sibuk dengan macam2 perkara penting. sampaikan 'mood' menulis blog terpaksa diketepikan. Kalau nak dihitung tambah bahagi darab campur tolak,lama sungguh tak jenguk 'rumah' ni.

Oklah baru-baru ni,menghadiri kursus CPCM yang kedua,maka cukuplah kriteria wajib yang diperlukan dalam skim yang daku bekerja sekarang. Tapi bukan kursus yang daku nak story dalam ni, tapi...about this
Lepas habis je kursus, kami ber'empat' menghabiskan masa ronda Bandar Hilir Melaka,maklumla kursus tu di Melaka,elok sangatla nak merayap lepas kursus kan,lagi pun setelah penat 4 hari berkursus rehat minda dekat Menara Taming Sari, bayar 10 ringgit satu kepala,kanak-kanak RM5,amal pula free..cuba tengok gambar Amal tengah baca harga tiket tu :)
Posing atas menara, tak ramai sangat orang naik time ni,ye la hari bekerja kan,tapi kalau weekend maybe penuh kot..jadi datanglah time weekday..tak lah bersesak sangat,lebih rileks..Amal masih lagi menatap harga tiket tu
Pandangan dari atas menara, sangat padat juga bandar Melaka ni ye,habis kawasan laut di tambak untuk pembangunan, hebat manusia yang Allah bagi akal kan..
Lepas naik ke langit,kami turun ke Sungai Melaka plak,naik Cruise,ingat macam kapal mewah cruise tu,rupanya macam bot kat venice Italy,hehe,walaupun tak sampai lagi 'Venice',ala-ala Venice pun okla kan..Tengok Akif di atas sedang menikmati angin dan view sekitar Sungai Melaka,risau sangat masa ni,takut dia terjatuh dalam sungai tu,dia ok je
Kincir air,ada kaitan dengan history Melaka,zaman kesultanan yang mana tak berapa nak ingat..
bila tengok pic ni,terbayang Venice,bilala agaknya nak sampai sana ye,abang bila agaknya kita nak ke Italy?bajet ada tak?
Dulu,sebelum kerajaan Melaka majukan kawasan sungai ni,view dia tak lah secantik mana,ikan belacak,lumpur dan sampah je,dalam 3 tahun je,view dia berubah secantik ni,member2 dari Melaka bagitau aku,kalau naik Cruise,naik waktu malam lagi cantik...tak sesuai pulak bagiku yang ada baby and kanak-kanak ribena tu,tapi bagi pasangan yang baru kawin dicadangkan la..baru 'romance'
masa ni tengah pujuk Amal yang dah mula merengek nak sesuatu,jadi ummi dia pose lebih sikit, nasib ada pelancong dari Indon yang sudi agah dia,dan dia dapat maintain mood sampai kami ke jetty semula..fuhh
Ummi and Abah nak jugak pose..senyum..123!
gambar di atas dirakamkan sejurus turun dari Cruise,so?nak menginap atau nak balik Nilai?plan awal nak menginap,tapi akhirnya....tak jadi....
sekian saja episod cuti kali ini...tak tau bila pula dapat update entri baru,coz aku bukan seorang yang sangat rajin nak menulis...kenaa tengok mood dulu..