CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

our love have been..

Saturday, October 29, 2011

apa saya buat cuti deepavali?

apa yang saya buat masa cuti deepavali baru-baru ni?erm..tiba-tiba saja rasa nak ke ekspo buku di KL sentral. sebenarnya saya pun tak tau ada ekspo tu,tapi my husbandla beria benar jadi promoter pasal ekspo tu. jadi saya pun tertarik juga nak pergi, lebih-lebih lagi saya nak cari satu buku karangan ustaz Haron Din pasal hudud,maybe akan jumpa buku tu kalau ke sana.

Sekiranya ada individu yang terbaca new entri ni, saya akan sambung bila ada kelapangan ye,maaf semua,bukannya apa, my baby girl si comel Amal dah tak nak kat abah dia la..saya kena menyusu dia..

To be continue......

Pagi ni dapat sambung balik cerita ekspo buku semalam, sebab Amal dan Akif masih lena dibuai mimpi. dalam pukul 11.30 pagi,kami bertolak ke kl sentral untuk melihat sendiri kemeriahan ekspo buku tu, sampai je di kl sentral dalam pukul 12 tghhari,lepas dah parking kereta, kami pun masukla ke tempat ekspo berlangsung. tak banyak sangat pun buku yang dipamerkan,booth pun ada lebih kurang 6 booth, dan buku yang saya nak cari pun tak kelihatan nampaknya....

Dalam keghairahan saya dan suami nak memilih buku, si Akif pun tak kurang hebatnya, masa tu la dia menjerit nak tapai tobang'kapal terbang', nak tetapi 'keretapi',nak pa iyoo 'super hero',yang merungsingkan saya dan suami,manala nak tapai tobang yang dia minta kat tempat macam ni, budak-budak kan..manala sesuai bawa ke sini,sebab dalam fikiran dia sejak dari keluar umah tadi mungkin dah setting nak ke tempat mainan..macam kitala..kita pun mesti setting juga kan,malangnya ummi dan abah tak setting macam Akif setting, nasib baikla Adik Amal baik je dalam stroller, hanya kawal abangnnye je la..takut-takut peristiwa Akif hilang di Jusco Mid Valley berulang lagi..

Abah dah mula cuak dengan perangai Akif,mula dari jeritan sampai ke tangisan nak tapai tobang..aku pun tak boleh juga nak concentrate nak cari buku. bila tanya pendapat husband buku-buku yang di bawa untuk di bayar ok atau tak, dia jawab "beli je la....cepat-cepat sikit...". wah..jawapan macam dah give up dengan si Akif agaknya,maklumla abah terpaksa menguruskan si Amal dengan Akif.

Setelah selesai memilih dan membayar, dapatla diskaun dalam 10%,tak banyak sangat pun kan, ekspo ni tak la sebesar pesta buku, itupun dah cukup penat nak kawal Akif yang menarik baju ummi dan abah ke sana sini minta dibelikan mainan, bayangkanla kalau pergi ke pesta buku???kurus lagila abah ye...hehe

Tapi yang seronoknya di ekspo buku tu,dapat jumpa dengan penulis novel sejarah terkenal en. Ab Latip, rasanya ada antara kita yang suka koleksi novel beliau kan, saya sempat tengok dan ambil signature dia, nak bergambar...erm..malulah,tapi saya snap juga gambarnya..

Lepas ni nak ke mana ye abah?,request dari ummi nak ke sogo pula, sebab ada 'sesuatu' yang ingin dibeli...

Di bawah adalah koleksi rakaman yang sempat di buat,sebagai tanda ingatan dan kenangan yang perlu di pateri teguh dalam dari maya ni...
                                                                                *
                                                                                *
                                                                                *
                                                                                *
                                                                                v
gambar di atas en Latip novelis sejarah yang terkenal yang saya ceritakan tadi
akhirnya budak nak tapai tobang ni di 'pancing' dengan makanan barulah' aman' sikit..hehe
minuman kegemaran Akif pulak tu yang dibeli abah, jagung...
masa ni Amal pun dah mula nak ehek..ehek..tapi masa abah snap,elok pula dia senyum...
Lunch time!singgah di restoran apa tah namanya,kat area universiti malaya
teka apa ni?ni gula-gula si Akif minta,kalau tak beli dia tak nak berganjak dari chocolate stall kat kl sentral tu, mahal juga 500g RM5.50,tak silap saya la..
inilah antara buku-buku yang sempat dibeli di ekspo buku Islam tu,pesanan untuk saya "wahida,jangan beli je..pastu masuk almari buku"...hehe,suami pun pernah cerita nak banyakkan koleksi buku, dia punya impian nak jadikan rumah macam bait al-hikmah masa pemerintahan Khalifah Harun Ar-Rasyid...amin...bagus impian suamiku.


No comments:

Post a Comment