CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

our love have been..

Saturday, December 31, 2011

Countdown 1.2.3

Selamat datang tahun 2012, selamat tinggal tahun 2011, alhamdulillah syukur kerana masih dipertemukan tahun ini, masih Allah kurniakan nikmat iman dan kesihatan fizikal, masih mampu bernafas dan melihat alam ini..

Terlalu banyak kenangan suka duka menjadi memori kukuh terpahat di minda sepanjang 2011,
Dengan berlalunya 2011, kini 2012 bermula..bertambah umurku..mohon iman juga semakin bertambah dengan pertambahan umurku..amin...
Semakin jauh kita meninggalkan memori sejari lahir...semakin dekat kita dengan kematian...
Peringatan untuk diri, sentiasa ''top-up'' amalan dan cuba baiki kekurangan yang masih ada..

2011 kini berakhir,bertemu kita 2012,
Segala memori tercipta, kan ku abadikan segala..
Apa yang masih menjadi impian,
Mohon Allah jadikan kenyataan ...
Apa yang penting???kerjasama!!!(wah...terpengaruh dengan theme song favourite Akif)
Apa yang penting syukur dengan apa yang dicapai untuk hari ini, berusaha untuk yang lebih baik hari esok...

1.2.3..selamat menyambut tahun baru 2012..

Saturday, December 24, 2011

ulangtahun ke-4

Alhamdulillah, sangat bersyukur pada yang Esa, hari ni 24 disember 2012 genap usia perkahwinanku 4 tahun.
Pejam celik,pejam celik..selagi tak pejam terus....dah 4 tahun kita melayari bahtera perkahwinan,
Adakah bahtera yang dilayari ni dah sampai ke destinasinya? dah bertambah sorang lagi anak kapal dalam bahtera kita ni..
sambut ulangtahun yang keempat Allah bagi kita puteri, ulangtahun yang seterusnya jika panjang umur minta tambah lagi putera atau puteri ye...hehe

Dalam 4 tahun perkahwinan, macam-macam mehnah ujian kita lalui, moga kita tabah dan sabar dalam menghadapinya..
Harapan usia perkahwinan yang panjang ni, mematangkan juga kita berdua, walaupun kadang-kadang terasa juga tak matang dalam diri
Moga diri ini diberi kekuatan iman untuk jadi isteri dan ummi yang solehah,
Minta juga abang diberi kekuatan iman untuk jadi suami dan abah yang soleh...
Minta juga Abang Akif dan Adik Amal jadi anak yang soleh dan solehah...

Semoga diberi kekuatan ikatan kasih sayang dalam keluarga..
Bahagia dalam mawaddah dan rahmah...
Mohon Allah panjangkan usia kita dalam rahmah dan barakah...
Mohon dipanjangkan jodoh sehingga ke syurga..

Selamat ulangtahun perkahwinan kita yang keempat....
Wish our happiness everlast forever.....

Ridzuan dan Wahida 4th wedding anniversary....

Wednesday, November 30, 2011

sedikit motivasi untuk diri..



bila rasa sepi dan kosong, apa perlu buat?
bila rasa gelisah apa perlu cari?
bila fikir setiap apa yang berlaku dalam kehidupan selama nyawa di kandung badan, apa bakti?

selalu terfikir laluan kehidupan, apa hikmah dan kesudahan?
bila bertanya sang suami tertarik dengan satu kalimah terdiri daripada dua huruf  yang diberikannya padaku ''baina kaf wa nun''
erm...betul3x...baina kaf wa nun...kun membawa erti jadi! ye memang betul...sekiranya Allah inginkan itu terjadi maka baina kaf wa nun..

tinggi betul asrar balaghiah dalam Al-Quran,
apa yang daku terfikir malam ni, bila diuji dengan sikit kesusahan, mulut cepat mengadu domba pada manusia, kenapa ye?barangkali nak hilangkan sedikit kekecewaan, bimbang jika disimpan boleh jadi stress!!,

tapi tiba-tiba akal terfikir,hati berdetik, bila sujud pada yang Satu, yang Maha Tahu, Yang Maha Memberi, jiwa jadi tenang.

Teringat satu ayat dalam Ubat segala jiwa yang resah (Al-Quran) yang mana fahamnya ayat itu ''boleh jadi kita suka akan sesuatu tapi ia tidak baik untuk kita, dan boleh jadi kita tak suka akan sesuatu tapi ia baik untuk kita, sesungguhnya Allah Maha Tahu sedang kita tidak tahu akannya. Ayat ni adalah motivasi untuk diri ini yang sangat lemah..menjadi penguat jiwa tika bersedih dengan sesuatu dugaan hidup yang menimpa..

Semoga diri sentiasa berada dalam kalangan orang yang dirahmati olehNya, dan diberi petunjuk serta hidayah yang benar...Aminnn...

Sabar dengan ujian dan syukur dengan nikmat ye...jangan berhenti berharap macam lagu Shiela on 7 ye..tak baik untuk diri :)

Monday, November 28, 2011

Akif dan Amal yang bertambah pandai:)

abang dan adik yang semakin pandai bergaya depan kamera
kasihnya abang pada adiknya bagai tiada ganti dunia dan seisinya..hehe
gelagat Akif dan Amal, menceriakan suasana, walaupun tak dinafikan ummi sangat penat uruskan kamu berdua..
dua-dua serius jer nih..

untuk makluman, background gambar ni terfokus kepada persekitaran rumah yang seolah-olah menunjukkan suri rumahnya tidak pandai berkemas ke???,tak boleh nak explainla cemana ye, mungkin aku je kot tak mampu maintainkan persekitaran rumah yang teratur, mungkin para ibu-ibu diluar sana tidak sepertiku,

apapun pengakuan tulus ikhlasku, rumahku memang playground untuk putera puteriku yang semakin nak besar nih..

Cinta Terakhir - Aiman

 
Kau cinta pertamaku
Kau cinta terakhirku
Tiada apa yang bisa
Menafikan kasih kita

Kau ayu di mataku
Satu antara seribu
Tiada tara di dunia

Mungkin kan terputus di tengah jalan
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir

Kau ayu di mataku
Satu antara seribu
Tiada tara di dunia

Mungkin kita kan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ketentuan Tuhan

Lagu/Lirik: Hafiz Hamidun
Artis: Aiman

sangat suka dengan tone lagu ni, lirik yang simple tapi menyentuh jiwa, kalau nak ditafsirkan dari sudut berakhir percintaan, biarlah ''maut'' yang memisahkan, semua orang pun akan menghadapi kematian, itu sudah tersurat untuk setiap makhluk Allah yang bernyawa...




a dozen of roses, kenapa rose di kaitkan dengan bunga-bunga cinta dan kasih sayang? kenapa tidak orkid atau daisy? boleh je mana-mana bunga pun pada pendapatku, bergantung pada minat masing-masing betul tak?

Saturday, November 26, 2011

permata hidup kami (wan&waheeda)

tengokla keadaan rumahku, memang macamni la selalu, rasanya tak sampai lima minit pun kemas, kembali seperti selalu, mainan abang Akif dan Amal memenuhi setiap ruang rumah. bila pikir-pikir balik, tak payah kemas lagi senang kan?memang penat sangat setiap hari, tapi inilah proses kehidupan,dulu mak kita pun alami benda yang sama macam kita lalui hari ini. Teringat masa kecil dulu, mak bagi kuliah free macammana nak susun balik alat permainan ke tempat asal. benda tu aku ulang balik harini. tapi macam-macam alasan Akif bagi supaya dia dibenarkan susun atur mainannya di segenap ruang rumah. Haiii......anak cikgu la katakan, mesti pandai jawab arahan soalan..
tengok tu,macamtu lah Akif sekarang,bila nampak je ummi ambil kamera, semua permainan dia nak digayakan, semua alat mainan dia disuruh ambil, dah pandai kan, lori,kereta,kapal terbang,helikopter, pistol, kereta F1, semuala...andaikata ummi tak layan, terus merajuk..hehe,abang Akif dah pandai merajuk ye... Pernah satu hari dia request beg sandang belakang, katanya ''Abang Akif nak pegi sekolah..''wah..wah..dah nak ke sekolah tu, jawab Abah ''kalau nak ke sekolah,abang Akif tak boleh pakai pampers lagi,kena belajar pergi tandas,boleh?'', cepat je dia jawab ''Abang Akif,tak nak..nak pakai pampers''..erm....macammana ye..??
alamak!Abang Akif nak peluk je lah Amal...dia moody plak masa ni, Amal memang macamni, kalau tetiba je beralih cuaca, alamatnye kirim salam la..tak dapat la nak buat dah, sedia untuk memujuk ye
tengok tu, nampak 4 batang gigi yang comel..hehe, sejak dia dapat empat batang gigi tu, nak breastfeed pun sangat takut..,ye lah, selalu test power!!kesian ummi sayang...
abang Akif mula mengajuk si Amal, macamtu la abang...nak mengusik bagi lagi kuat sound tu, rumahku memang tak sunyi dengan keletah Amal dan Akif, bila mereka tak de, rasa sunyi sangat, tak boleh nak explain bagaimana rasanya kalau diorang tak de..oh no!
tengok..dia senyum bila bagi cawan, cawan ummi serta pinggan mangkuk ummi pun include juga as alat permainan Akif dan Amal, kadang-kadang lagi syok main yang real dari yang tipu-tipu (mainan),pesananku pada semua ibubapa..jangan ajar anak-anak kita yang semua benda diorang nak main dibolehkan..tak bagus..tak bagus..
ummi dan abah sangat gembira dan terhibur dengan kepetahan Abang Akif sekarang, terubat hati dengan tawa riang Amal, Ummi cuba menjadi seorang ibu yang sabar, walau hakikatnya ummi teruji dengan kalian berdua, ummi dan abah cuba menjadi yang terbaik untuk Akif dan Amal, Kalian ahli syurga, amanah dari Allah..untuk berapa lama kalian di amanahkan untuk kami, kami cuba yang terbaik..

 
ABAH DAN UMMI LOVE BOTH OF YOU
THANK YOU ALLAH
UNTUK ANUGERAH INI DALAM
3 TAHUN PERKAHWINAN KAMI

WAN & WAHEEDA

Friday, November 25, 2011

salam maal hijrah 1433


Salam maal hijrah 1433, dah masuk tahun baru pun kita 27 November ni, kalau mengikut perkiraan hijri umurku lebih setahun berbanding perkiraan Masihi.

Jangan lupa semua untuk baca doa akhir tahun pada 27 November ni, ini juga pesanan untukku..
Semoga tahun baru yang bakal tiba memberikan seribu satu perubahan yang lebih baik untuk diriku...
Tahun 1432H memberikan seribu satu pengalaman untuk dijadikan pedoman bagi hari,bulan dan tahun berikutnya.

Menyorot kembali kepada pengertian Hijrah ketika Zaman Rasulullah SAW, baginda berhijrah ke Madinah setelah menerima wahyu dari Allah. Hijrah Nabi ke Madinah merupakan satu titik perubahan baru dalam dakwah Islamiyyah. Hijrah baginda ke Madinah mengajar erti pengorbanan bagi mereka yang benar-benar beriman. Pengorbanan untuk tinggalkan segala kemewahan dan sesuatu yang dicintai serta di sayangi. Yang mana permulaan hijrah inilah memberi kemenangan yang sangat besar kepada Islam hingga kini.

Alhamdulillah lusa kita akan bertemu dengan tahun baru. Semoga tahun baru akan datang bertambah-tambah iman kita kepada Allah sesuai dengan pertambahan umur kita dan segala nikmat yang 'DIA' bagi pinjam sekejap kat dunia ni.

pesanan ini adalah untuk diriku sendiri, sekiranya ianya adalah sesuatu yang boleh dimanfaatkan untuk orang lain yang membaca. Alhamdulillah....