CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

our love have been..

Monday, March 28, 2011

Cerita Bergambar

gambar di atas menunjukkan satu kisah di petang ahad, aku bersama ibu mertuaku dan mak cik ku melawat muzium negara. patriotik juga aku bila dah habis pantang ni, hehe, menurut suamiku ibunya menyatakan hasrat untuk melawat muzium negara ni dah lama, jadi harini dia tunaikan hasrat ibunya untuk melawat muzium. bagus abang, inilah tandanya abang memang soleh. bila lagi kita nak membahagiakan mereka kan?tak terbalas jasa mereka membesarkan kita hanya dengan melawat muzium kan?tapi membahagiakan mereka dengan meluangkan masa bersama mereka itu cukup bermakna. cuba tengok Akif tu, pandangannya ke arah lain plak,dia 'bad mood' masa ni, baru bangun tidur, yang paling susah kami nak tunaikan hajat Akif masa ni, dia minta nak naik keretapi kat belakang tu, mana boleh kan..
ni gambar kali pertama aku rakamkan bersama putera puteriku setelah habis berpantang, tujuannya tak ada sebab lain adalah untuk melihat badanku sendiri, adakah sudah besar berbanding anak dara dulu, eh silap..berbanding anak seorang dulu, anak dara mana boleh banding kan..zaman anak dara mestila cun..hehe,adakah aku masuk dalam bakul dan angkat sendiri?. Hal ini,bukannya apa, rasanya semua wanita akan risau perubahan bentuk badannya setelah melahirkan anak, normal la kan?.Siapa yang paling penat dengar pertanyaan ni "abang, yang dah gemuk ke?"cuba anda teka?mestila orang yang paling rapat dengan kita..our husband. Adakah anda seperti saya?.

gambar di atas adalah replika sultan dan mubaligh arab ketika mula-mula islam masuk ke dalam kerajaan Melaka. lepas tu semua rakyat jelata peluk agama Islam dan undang-undang Islam di laksanakan dalam kerajaan. Bacaanku terganggu sikit masa ni, Akif ajak tengok yang lain pula.
apa yang Akif terangkan dekat tok dan tok cik dia tu ye?.Itu replika kapal portugis yang dinaiki oleh Sir Alfonso de Alburque ketika nak tawan kota Melaka. maka bermulalah era kolonial dalam kerajaan Melayu. kita semua boleh baca dalam buku sejarah. mungkin kita semua masih ingat Alfonso?

ni replika kota A famosa,yang dekat gerbang tu,itulah Sir Alfonso de Alburque, (hehe),comel kan sir ni?tengok tu siap bawa baby lagi.

ni beca zaman dulu, tengok gambar dibelakang tu, orang yang akan tarik kita. Kalau kita tengok filem klasik cina, kita akan tengok benda ni. Menurut ibu mertuaku dia pernah tengok benda ni,zaman dia dulu orang naik benda ni. sabar sungguh orang dulu kan?zaman kita?kita naik LRT,KLIA EXPRESS,KOMUTER,STAR,itupun masih merungut lagi lembab dan lambat.

                     ni pula syeikh Muhammad Ridzuan Hashim,angkasawan negara kedua yang akan ke angkasa lepas.

wah..mesranya ummi dan Akif,gambar ni dirakamkan di Tasik Varsiti,UM,lepas ke muzium,lepak dekat tasik Varsiti. imbau kenangan dulu sewaktu di alam pengajian,ewahhh..romantik juga husband i..dulu lepak dengan kawan-kawan,sekarang lepak dengan husband dan anak pula.

Akif nampak kenderaan kegemarannya 'BULLDOZER'
Gambar Amal tidur je yang boleh dirakamkan,dia tidur pula masa ni,agaknya badan rasa selesa lepas mandi dekat Masjid Rahman agaknya.
ummi dan abah Akif Amal, bergambar kenangan di Tasik Varsiti, snap sendiri je gambar lantaran terlalu malu untuk suruh orang tolong ambilkan gambar. tu pun kira cun la tu..hehe

Sekian cerita bergambar saya untuk kali ni, nasib Akif dan Amal tidur sekarang,maka Ummi bolehla plotkan cerita. terima kasih Akif dan Amal.

Sunday, March 27, 2011

CeriTa BreasTFeeDing vs sUsU fOrMuLa

Bila bercerita dan terbaca artikel berkaitan kebaikan memberikan sepenuhnya susu badan kepada bayi kita, terdetik dalam hati untuk mengekalkan breastfeed amal sampai dia berusia dua tahun. Dalam al-Quran pun menekankan penyusuan ibu sehingga anak berusia dua tahun.

Banyak kebaikan breastfeed ni untuk para ibu, antaranya menurunkan berat badan selepas melahirkan..(yang ni paling aku suka)maklumla selepas melahirkan amal berat badanku naik sehingga 61kg..alamak...bajuku banyak yang dah tak muat..oh tidakkk..,yang lain kebaikan susu badan membantu mempercepatkan pengecutan rahim..ini sangat penting bagiku..menjimatkan perbelanjaan membeli susu,ini sudah tentu.banyak lagila kebaikan susu ibu ni.

harapan aku untuk amal,ummi dapat menyususkan amal selama yang mungkin,kalau abang akif dulu hanya dapat menyusukan sehingga 10 bulan lebih,harap amal lebih dari itu. sentiasa kena motivasikan diri agar dapat menghasilkan susu sebanyak mungkin untuk Amal. ibu-ibu kena yakin dapat menyusukan bayi jangan stress kerana ini juga salah satu cara menggalakkan penghasilan susu.

nanti ummi dah nak naik kerja semula, ummi kena mulakan proses perahan untuk dijadikan stok untuk Amal sepeninggalan Amal di rumah baby sitter..harap Ummi berjaya!yakin dan yakin!

Kali ni Ummi dah direct breastfeed amal berbanding Abang Akif dulu ummi terpaksa perah untuk susukan dia. Terima kasih Amal kerana memberikan ummi pengalaman menyusukanmu..ummi rasa sangat sempurna dapat menyusukan amal secara terus tanpa perlu perah lagi...

Ibu-ibu di luar sana, teruskan menyusu anak anda,kerana susu ibu adalah formula yang paling baik untuk anak-anak kita.

Pohon pada Allah, agar memberikan rahmat penyusuan ini kepadaku sehingga Amal dua tahun..
                                             setiap kali perahan dapat jugak 250oz dalam 30 minit perahan.

harap-harap perahan hari dan masa mendatang seperti di atas hendaknya. Berusaha dengan lebih rajin lagi,kekalkan pemakanan yang sihat,banyakkan minum air dan susu,insyaallah..(semangat untuk diri sendiri:)


Saturday, March 5, 2011

DeKo oh DeKo!

tiba-tiba mood untuk masukkan entri hari ni ada, baik cepat-cepat daku 'note' kan disini, akif pun tengah asyik betul layan upin dan ipin tu,sementara abah pula dah keluar ke Teluk Kemang bersama dengan Prof apa tah namanya tadi, terlupa pula untuk tengok anak bulan, ada kena mengena dengan research dia la.

Amal?dia tengah tidur, tu sebab aku boleh layan internet kejap, tiba-tiba tangan ni laju search cara-cara nak deko rumah. maklumla..boring sebenarnya asyik tengok sceen yang sama ja dalam rumah. Orang kata kalau kita pandai susun atur rumah dan deko dengan baik, kita akan tak jemu nak duduk dan rehat di rumah. jadilah rumahku syurgaku..wah..syoknya.

dalam sibuk-sibuk tengok blog cara-cara nak hias rumah, tiba-tiba terjumpa blog Rizalman, pandainya dia deko rumah client dia. of course la dia kan pakar interior dan exterior. Bajet pun mesti tinggi. bagi kita yang bajetnya tak berapa tinggi, mungkin boleh ambil idea dia dalam mendekorasi setiap sudut rumah kita.

Bila agaknya saya nak dekorasi rumah saya ye?idea banyak..tapi tengok juga kesesuaian bajet. tapi di mana ada kemahuan kan disitu ada jalannya..

Cantiknya cara Rizalman decorate rumah ni...

macammana ye, sangat indah..boleh jadikan panduan, banyak lagi gambar-gambar menarik yang lain, boleh layari blog rizalman ye.

Friday, March 4, 2011

Hari KeMerdekaAN

Aku merdeka, alangkah indahnya kemerdekaan itu, setelah 44 hari segalanya mesti berpantang untuk memulihkan kembali kesakitan selepas bersalin, aku kini merdeka.

Sebagai permulaannya, aku ajak 'dia' ke Tesco, wah..kenapa Tesco?sebabnya Tesco Nilai baru je buka. Jadi nak tengokla apa menariknya disitu,padahal kita sedia maklum,Tesco mana-mana pun samanya konsepnya. Ada outlet yang pelbagai, menurut 'dia' sama macam di UK, menurut pengalamannya yang pernah sampai di sana.

Apa yang di cari di Tesco?tak cari apa pun,cuma melepaskan keinginan yang teramat sangat untuk keluar ambil angin luar setelah 44 hari berpantang. Nak dijadikan cerita, hari aku ke Tesco tu ana terlupa nak bawa 'purse' ana lah...jadi tak banyakla barang yang boleh di beli.

Hati teringin juga nak dapatkan sesuatu untuk Amal..apa yang aku teringin tu?
                                                                            Fisher Baby Bouncer


                                                                       car seat

Adakah semua keinginanku sangat penting. Mungkin penting kalau bajet ada..haha.