CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

our love have been..

Sunday, March 27, 2011

CeriTa BreasTFeeDing vs sUsU fOrMuLa

Bila bercerita dan terbaca artikel berkaitan kebaikan memberikan sepenuhnya susu badan kepada bayi kita, terdetik dalam hati untuk mengekalkan breastfeed amal sampai dia berusia dua tahun. Dalam al-Quran pun menekankan penyusuan ibu sehingga anak berusia dua tahun.

Banyak kebaikan breastfeed ni untuk para ibu, antaranya menurunkan berat badan selepas melahirkan..(yang ni paling aku suka)maklumla selepas melahirkan amal berat badanku naik sehingga 61kg..alamak...bajuku banyak yang dah tak muat..oh tidakkk..,yang lain kebaikan susu badan membantu mempercepatkan pengecutan rahim..ini sangat penting bagiku..menjimatkan perbelanjaan membeli susu,ini sudah tentu.banyak lagila kebaikan susu ibu ni.

harapan aku untuk amal,ummi dapat menyususkan amal selama yang mungkin,kalau abang akif dulu hanya dapat menyusukan sehingga 10 bulan lebih,harap amal lebih dari itu. sentiasa kena motivasikan diri agar dapat menghasilkan susu sebanyak mungkin untuk Amal. ibu-ibu kena yakin dapat menyusukan bayi jangan stress kerana ini juga salah satu cara menggalakkan penghasilan susu.

nanti ummi dah nak naik kerja semula, ummi kena mulakan proses perahan untuk dijadikan stok untuk Amal sepeninggalan Amal di rumah baby sitter..harap Ummi berjaya!yakin dan yakin!

Kali ni Ummi dah direct breastfeed amal berbanding Abang Akif dulu ummi terpaksa perah untuk susukan dia. Terima kasih Amal kerana memberikan ummi pengalaman menyusukanmu..ummi rasa sangat sempurna dapat menyusukan amal secara terus tanpa perlu perah lagi...

Ibu-ibu di luar sana, teruskan menyusu anak anda,kerana susu ibu adalah formula yang paling baik untuk anak-anak kita.

Pohon pada Allah, agar memberikan rahmat penyusuan ini kepadaku sehingga Amal dua tahun..
                                             setiap kali perahan dapat jugak 250oz dalam 30 minit perahan.

harap-harap perahan hari dan masa mendatang seperti di atas hendaknya. Berusaha dengan lebih rajin lagi,kekalkan pemakanan yang sihat,banyakkan minum air dan susu,insyaallah..(semangat untuk diri sendiri:)


Saturday, March 5, 2011

DeKo oh DeKo!

tiba-tiba mood untuk masukkan entri hari ni ada, baik cepat-cepat daku 'note' kan disini, akif pun tengah asyik betul layan upin dan ipin tu,sementara abah pula dah keluar ke Teluk Kemang bersama dengan Prof apa tah namanya tadi, terlupa pula untuk tengok anak bulan, ada kena mengena dengan research dia la.

Amal?dia tengah tidur, tu sebab aku boleh layan internet kejap, tiba-tiba tangan ni laju search cara-cara nak deko rumah. maklumla..boring sebenarnya asyik tengok sceen yang sama ja dalam rumah. Orang kata kalau kita pandai susun atur rumah dan deko dengan baik, kita akan tak jemu nak duduk dan rehat di rumah. jadilah rumahku syurgaku..wah..syoknya.

dalam sibuk-sibuk tengok blog cara-cara nak hias rumah, tiba-tiba terjumpa blog Rizalman, pandainya dia deko rumah client dia. of course la dia kan pakar interior dan exterior. Bajet pun mesti tinggi. bagi kita yang bajetnya tak berapa tinggi, mungkin boleh ambil idea dia dalam mendekorasi setiap sudut rumah kita.

Bila agaknya saya nak dekorasi rumah saya ye?idea banyak..tapi tengok juga kesesuaian bajet. tapi di mana ada kemahuan kan disitu ada jalannya..

Cantiknya cara Rizalman decorate rumah ni...

macammana ye, sangat indah..boleh jadikan panduan, banyak lagi gambar-gambar menarik yang lain, boleh layari blog rizalman ye.

Friday, March 4, 2011

Hari KeMerdekaAN

Aku merdeka, alangkah indahnya kemerdekaan itu, setelah 44 hari segalanya mesti berpantang untuk memulihkan kembali kesakitan selepas bersalin, aku kini merdeka.

Sebagai permulaannya, aku ajak 'dia' ke Tesco, wah..kenapa Tesco?sebabnya Tesco Nilai baru je buka. Jadi nak tengokla apa menariknya disitu,padahal kita sedia maklum,Tesco mana-mana pun samanya konsepnya. Ada outlet yang pelbagai, menurut 'dia' sama macam di UK, menurut pengalamannya yang pernah sampai di sana.

Apa yang di cari di Tesco?tak cari apa pun,cuma melepaskan keinginan yang teramat sangat untuk keluar ambil angin luar setelah 44 hari berpantang. Nak dijadikan cerita, hari aku ke Tesco tu ana terlupa nak bawa 'purse' ana lah...jadi tak banyakla barang yang boleh di beli.

Hati teringin juga nak dapatkan sesuatu untuk Amal..apa yang aku teringin tu?
                                                                            Fisher Baby Bouncer


                                                                       car seat

Adakah semua keinginanku sangat penting. Mungkin penting kalau bajet ada..haha.

Monday, February 28, 2011

KaReNah AkiF@ PeRkEMbaNgan AmaL

Fuhh!!kadang-kadang mood untuk kemaskini blog dan masukkan entri-entri terbaru seakan hilang, dek kesibukan menguruskan 2 cahaya mataku kini. Mana tidaknya,bila jari jemari ni mula menari untuk menyusun huruf dan memulakan plot cerita, Akif mula nak 'menaip' juga, Amal merengek minta di susukan..jadi terpaksa tunggu kedua-duanya leka dengan aktiviti mereka.

Alhamdulillah, 3 tahun perkahwinan kini aku dan suami dikurniakan 2 cahayamata, mungkin cara dan gaya aku dalam menguruskan keperluan Amal berbeza dengan Akif, kalau Akif dulu aku lebih kekok dan tak tahu banyak perkara berkenaan keperluan bayi, Amal tidak begitu..pengalaman menjaga Akif menjadikan aku lebih matang sikit dalam hal ehwal bayi ni...ye lah..sesiapa pun mungkin sepertiku ketika menimang cahayamata pertama dulu kan?

Teringat satu ketika Akif terpaksa masuk wad semula kerana jaundisnya tinggi, aku menangis sebab sepanjang malam tak dapat tidur,kerana Akif sorang je yang buat konsert raihan dalam wad tu, tak tahu sebab apa..bayi-bayi lain semua terhibur dengan konsert Akif membuatkan mereka juga bersorak menyokong Akif, sampai jam 7 pagi Akif nyanyi secara percuma, aku pula lesu keletihan hatta la kakak iparku telefon suruh cek samada dia kembung perut atau tak, dengan tiada pengetahuan langsung aku bertanya laju "macammana nak tahu dia kembung atau tak?"jawapan diterima ada bunyi bila kita ketuk perutnya. oh...begitu, benarla apa diduga...Akif kembung perut, minyak pun aku tak bawa ke wad masa tu..kan jahil aku ketika tu, rakan katil sebelah aku bagi pinjam minyak yu yi cap limaunya padaku. apa yang terjadi lepas tu?Masalah Akif dapat diselesaikan..

Itu cerita Akif sewaktu tika dahulu, rasa ingin tersenyum bila kisah itu bermain semula tika ini. Pengalaman Akif tu Ummi aplikasi untuk Amal. Walaupun menguruskan karenah kedua-dua anak yang masih belum mumaiyyiz ini kadangkala menguji kesabaranku. Harapanku dapat memberikan yang terbaik untuk kedua-duanya.

Bercerita tentang karenah Akif, kini Akif dah pandai bercerita, menghayun buai adik walaupun hayunannya mendebarkan jantung siapa saja yang melihat, namun tidak boleh dihalang sebab kasihnya kepada adik,Akif dah pandai menyanyi,mengaji walaupun hampir sebulan setengah pembelajarannya masih setakat ''BA, TA, SA'', namun cukup memberangsangkan..hal ini bukannya sebab apa..guru mengajinya sekarang sibuk dengan perkuliahan dan penulisan tesis serta bisnes..jadi setiap hari Akif diberi cuti sahaja, tak mengapa..nanti Akif belajar lagi ya. Akif sudah pandai tutup air apabila bunyi je cerek air, erm..satu perkembangan yang baik. Akif juga dah pandai ''listkan'' mainan apa yang dia nak bila abahnya keluar bekerja. Akif pandai segalanya...harapan Ummi dan Abah ''Akif jadi yang terbaik"

Amal, alhamdulillah..genap satu bulan 1 minggu 3 hari beratnya sudah naik kepada 4kg, untuk anak seusia Amal, soalan yang sering diajukan oleh sesiapa sahaja mestilah berkaitan berat kan?jadi topik berat yang meningkat mestila sesuatu yang membanggakan ibubapa..Amal juga masih lagi breastfeeding sepenuhnya.
Harapan daku sebagai ibu adalah dapat menyusukan Amal sehingga 2 tahun sepertimana yang digariskan oleh Al-Quran..

22 Mac 2011, Amal akan di bawa ke klinik semula untuk pemeriksaan berkala, semoga semuanya baik-baik belaka.

                                                 Akif dan Amal permata hati Ummi dan Abah.


                                                    kasih abang Akif kepada adiknya


Friday, February 18, 2011

HaPPy BirthdaY..



Selamat hari lahir abang..
Tanggal 16 Februari 2011, baru-baru ni merupakan hari pertambahan usia dia yang ke-28,
Namun dek sibuk menguruskan akif dan amal, daku lupa nak wish tepat pada masanya..
Minta maaf abang..lupa tak bererti daku tidak sayang..
Walaupun sering kau ku tinggalkan itu tiada bermakna kau ku abaikan..
Harapan agar abang capai apa sahaja yang abang cita-citakan dalam hidup abang,
Terima kasih abang kerana sentiasa sabar melayan semua karenahku dan akif..:)
Semoga pertambahan usia kita menambahkan lagi ikatan kemesraan serta sayang antara kita.

Happy birthday!

Ya Allah!peliharalah serta panjangkan usia suamiku, murahkan rezekinya, permudahkan urusannya.Amin...

NeW coMing

Alhamdulillah..telah selamat melahirkan cahaya hati, penyeri keluarga yang kedua tanggal 13hb Januari 2011,di Hospital Tuanku Jaafar Seremban jam 8.55 am. Berat puteriku Amal Izzah binti Muhammad Ridzuan 2.55kg.

Cukup je 37minggu 4 hari, aku diberikan tarikh untuk dibedah, kerana puteri kami berkeadaan songsang. Aku redha dengan ketentuanmu wahai Tuhan. mungkin ada hikmah disebaliknya..

Memandangkan terlalu sibuk menjalani tempoh berpantang,baru harini dapat update entri terbaru. Sibuknya aku kali ni,2 kali ganda berbanding anak pertama dulu, maklumla..dulu hanya fokus pada Akif sahaja,kali ni..Amal dan Akif..masing-masing nak tarik perhatian abah dan ummi..

Kena betul-betul pandai urus masa kali ni, bila anak-anak dah tidur,barula siapkan semua yang lain,kemas rumah,masak,mandi,membasuh..baru terfikir bagaimana emak menjaga daku dan empat adik-adikku dulu..erm..tabah..

Semoga kehadiran Akif dan Amal dalam hidup abah dan Ummi menyerikan lagi kehidupan kami..sesungguhnya itu sebenarnya..

Terima kasih Tuhan dengan anugerah Putera dan Puteri hati kami, pelihara kami supaya menjadi abah,ummi dan anak-anak yang sentiasa dalam rahmat serta redhamu..

Sunday, January 9, 2011

13 Januari 2011

13 Januari 2011, tarikh diberi kepadaku untuk melahirkan anak yang kedua, ya Allah..andai inilah ketentuanmu dan yang terbaik untukku aku redha ya Allah..walaupun jauh di sudut hatiku masih mengharap akan ada keajaiban darimu ya Allah sebagai hadiah untukku ya Allah, hambamu yang sangat kerdil dan lemah...

Telah pelbagai cara diusahakan untuk membetulkan anak dalam kandunganku yang berkeadaan songsang, cara tradisional, cara moden, homeophaty..namun demikian sampai ke hariini keadaan masih sama...
aku dimaklumkan pakar pada 31 minggu bayi dalam kandunganku kepalanya di atas..maknanya breech..atau songsang, namun hal ini menurut doktor masih lagi awal...ada peluang untuk bayi ini pusing..

Dalam sujudku ku panjatkan doa padaMu ya Allah..agar dipermudahkan kelahiran cahaya mata ini, pada minggu yang ke 36..bayi dalam kandungan masih lagi berkeadaan songsang..jadi peluang untuk bayi pusing hanya tinggal 4% menurut doktor

Hati jadi resah, jiwa jadi kalut..airmata jatuh jua..mengenangkan aku akan menjalani prosedur yang sama sepertimana aku melahirkan Akif dahulu..ya Allah...Allah tidak akan membebani hambanya dengan ujian ini sekiranya hamba itu tidak mampu menerimanya...

Hanya satu harapanku..bayi ini sihat dan cerdas serta selamat dalam melahirkannya....
hariini debaran penantian semakin bertambah..nak admit 12hb Januari 2011...dalam hati masih menantikan keajaiban...InsyaAllah....